Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Samakan Nasib Neelofa Dengan Palestin, Netizen Harap Peminat Jangan Terlalu Taksub

Rata-rata pengguna berasa terkejut dengan kenyataan tersebut

by Khai Azfar
May 21, 2021
Share on Facebook

Hampir apa sahaja berkaitan dengan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa menjadi kontroversi.

Samakan Nasib Neelofa Dengan Rakyat Palestin 

Terbaharu, kelab peminatnya, @lofa.page turut terpalit dengan kontroversi apabila memuatnaik status di laman Insta-story dengan menyamakan dugaan yang dilalui oleh Neelofa sama seperti penderitaan rakyat Palestin ketika ini.

Dalam tangkap layar yang tular tersebut telah menyatakan selebriti popular itu seakan-akan dibuli di negara sendiri.

“Palestin dan Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri, Neelofa dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.
“Perbezaan? Palestin ditindas oleh bangsa Israel tetapi Neelofa dibuli oleh saudara seagama,” tulis pengendali akaun tersebut

Netizen Titip Pesanan Buat Peminat

Menerusi carian Murai.my, rata-rata pengguna berasa terkejut dengan kenyataan tersebut malah turut menitipkan pesanan buat peminat agar tidak terlalu taksub dengan selebriti kesayangan mereka.

“Sampai begini sekali taksub hero worshipnya. Why can’t these people be normal and just minat-minat gitu je? Saya dulu minat Hulk Hogan takdelah sampai begini sekali sanjungan itu” tulis salah seorang netizen

Sekadar info, Neelofa dan suami, PU Riz telah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan semalam atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Topik Berkaitan Padam Gambar & Saling 'Unfollow' Di IG, Ameera Khan-Jefri Nichol Rasmi Berpisah?

Bagaimanapun, pasangan selebriti ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan PKPB. Memetik laporan Utusan Malaysia, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Manakala PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, jaminan sebanyak RM10,000 telah dikenakan atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Lanjutan kes akan dibicarakan pada 4 Jun depan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
israelLofaPageneelofapalestinPU Riz
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara