• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

“Sangat Menarik” – Turki Guna 2 Kunci Rahsia Tarik Minat Kanak-Kanak Rajin Ke Masjid Jadi Tumpuan Netizen

Netizen berharap banyak masjid di Malaysia dan Indonesia dapat ikut cara seperti di Turki

by Puteri Alia
April 17, 2022
via (FB) Azwir Nazar

via (FB) Azwir Nazar

Share on Facebook

Mengajak ahli keluarga terutama kanak-kanak ke masjid atau surau sering dianggap menyusahkan bagi segelintir masyarakat, tapi lain pula di Turki di mana mereka berusaha mencari idea untuk memeriahkan masjid dengan kedatangan kanak-kanak.

2 Kunci Rahsia Tarik Kanak-Kanak Minat Ke Masjid

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Azwir Nazal, bagi menarik minat kanak-kanak untuk lebih bersemangat dan rajin beribadah ke masjid, imam masjid di Turki mengajak kanak-kanak bermain selepas selesai solat tarawih.

Selain itu, beberapa masjid baru siap di bina di Turki mempunyai ruang khas sebagai tempat bermain di dalam masjid yang dibina. Dengan adanya tempat seperti ini, kanak-kanak akan berminat untuk datang ke masjid setiap hari disamping memupuk minat beribadah.

via (FB) Azwir Nazar

“Di Turki setelah tarawih anak-anak di ajak main sama Imam nya. Supaya mereka senang ke masjid. Malahan beberapa masjid baru di Turki seperti masjid Cami di Ankara disiapkan tempat bermain dalam masjid di sudut kanan di bawah tangga.

Bila masjid tak ada tempat bermain di dalam, disiapkan diluar masjid seperti taman-taman. Masjid menjadi pusat orang berbahagia.

Orang nampaknya menyakini apa yang dititahkan oleh pendahulu mereka, Sultan Al-Fateh bahwa, “Khawatir lah oleh mu bila masjid-masjid mu sudah tak lagi kedengaran suara anak kecil” tulisnya

Netizen Kagum Dengan Pendekatan Diambil Turki

Melihat perkongsian di laman Facebook itu, ramai pengguna media sosial dari Malaysia dan Indonesia memberi komen dan pandangan masing-masing dan rata-rata mereka berharap agar banyak masjid-masjid di Malaysia dan Indonesia dapat mengikuti cara seperti di Turki.

“Imam di Turki faham dan tahu cara memahami anak-anak”

“MasyaAllah mempersiapkan generasi yang Islami. Semoga anak-anak yang lain pun ikut senang ke masjid”

“Sangat menarik dan bermanfaat”

“Masyaa Allah, patut di contoh untuk masjid yang ada di Indonesia” komen mereka

via (FB) Azwir Nazar

“Bagusnya di Turki. Alangkah bagus kalau Malaysia pun macam ni”

“Inilah lumrah kehidupan kanak-kanak yang ibu bapa kena fahamkan. BERMAIN itu adalah naluri dan lumrah mereka. Jangan halangi sifat mereka. Hampiri mereka, main bersama mereka. InsyaAllah mereka akan membesar dengan baik”

“Bagus begini jadi kita yang ada anak nak sembahyang terawih pun boleh bawa”

“Moga menjadi ikutan di bumi Malaysia tercinta.. Inshaallah”

“Best kan.. Kalau macam ni hari-hari aku bawa anak aku..” kata mereka

via (FB) Azwir Nazar

Bagus cara pendekatan yang dilakukan Turki bagi memupuk rasa cinta kanak-kanak ke masjid dari awal, di Malaysia juga patut contohi seperti ini.

5 Masjid Paling Menyentuh Hati Dengan Seni Bina Hebat Di Malaysia
Imammasjidturki
https://lomp.at/660b2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore