• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Sanggup Jahit Sendiri Telekung Batu Kristal Swarovski Bernilai RM12 Ribu Untuk Isteri Semangat Solat Terawih

by Puteri Alia
March 12, 2024
Share on Facebook

Seorang suami yang penuh kasih sayang, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, telah memperlihatkan penghargaan dan cintanya kepada isteri tersayang Fatin Syazwani Ishak, dengan memberikannya hadiah istimewa berupa telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski.

Walaupun memerlukan belanja sebanyak RM12,000, Syed Muhammad Shah Hasif, 32, tidak ragu-ragu untuk menyediakan hadiah tersebut sebagai ungkapan kasih sayang dan penghargaan kepada isterinya. Lebih istimewa, dia menjahit sendiri telekung berkenaan daripada awal hingga akhir.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Syed Muhammad Shah Hasif selepas memuat naik video di akaun TikTok miliknya menunjukkannya menjahit dan memberi kejutan buat isterinya , Fatin Syazwani Ishak, 26.

Menurut Syed Muhammad Shah Hasif, telekung itu diberi kerana mahu hadiahkan sesuatu berbeza berbanding sebelum ini dan mahu ia dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

“Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.

“Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung.

“Sebelum ini isteri ada cakap yang dia teringin nak pakai satu telekung keluaran seorang pengasas di TikTok jika ada rezeki cuma setakat beritahu keinginannya saja dan tidak bersungguh minta.

“Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak beri hadiah telekung Swarovski buat isteri kerana sebelum ini selalu jahitkan bajunya ke majlis besar jadi apa salahnya melabur pula untuk pakaian ibadah,” katanya.

Menurut Syed Muhammad Hasif, pemberian telekung itu juga sebagai tanda kasih sayangnya terhadap isteri yang berhempas pulas memasak sekali gus membantu perniagaan laksa diusahakan mereka bersama.

Bercerita lanjut, Syed Muhammad Hasif berkata, telekung itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan.

Bapa dua anak itu berkata, Fatin Syazwani, 26, tidak tahu menahu mengenai hadiah akan diterima kerana dia mahu memberi kejutan kepada isterinya.

“Tiada siapa tahu melainkan pembantu peribadi saya kerana saya berpakat dengannya untuk rahsiakan daripada pengetahuan isteri dan berniat beri hari ini sebelum kami ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih.

“Tak dinafikan, kosnya memang tinggi tapi saya tak nampak ia satu pembaziran walaupun pasti ada segelintir orang kata begitu kerana telekung itu pun nak guna untuk menghadap Tuhan.

“Bukan sekali pakai atau waktu pergi Tarawih saja malah nak solat di rumah atau umrah pun boleh sarung telekung itu,” katanya

Syed Muhammad Hasif berkata, terpulang kepada penilaian mereka yang melihat kerana tidak terdetik langsung di hatinya untuk menunjuk jauh sekali riak.

“Diharap isteri suka dan sekurang-kurangnya, dia akan ingat hadiah itu sebagai kenangan serta hasil kerja tangan saya yang jahit telekung eksklusif untuknya.

“Bab pakaian ikut kemampuan masing-masing dan kalau mampu, tak ada masalah. Kalau kurang mampu, pakai apa yang ada saja,” katanya.

solat terawihSwarovskitelekung
https://lomp.at/ck5e3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore