Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Masih Simpan RM100 SARA? Elok Guna Sekarang, Ini Sebabnya

by Phic ARMAN
December 24, 2025
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak sedar kan, tinggal seminggu saja lagi sebelum kita melangkah ke penghujung tahun. 31 Disember bukan sekadar malam tahun baharu, tetapi juga hari terakhir untuk rakyat Malaysia menggunakan bantuan tunai RM100 SARA. Kalau duit itu masih belum digunakan, memang sayang. Bukan sebab ia akan hilang, tetapi kerana bantuan ini diwujudkan khusus untuk meringankan beban harian, terutamanya urusan dapur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bahawa baki yang tidak digunakan akan dibawa ke pusingan seterusnya pada pertengahan Februari. Namun begitu, jika ada keperluan asas yang boleh dibeli sekarang, lebih baik dimanfaatkan segera. Duit bantuan ini bukan untuk disimpan, tetapi untuk digunakan sebaiknya.

Kelayakannya sangat mudah

Untuk yang masih tertanya-tanya, RM100 ini adalah di bawah program Sumbangan Asas Rahmah atau SARA. Kelayakannya sangat mudah. Asalkan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, bantuan ini memang sudah tersedia. Tidak perlu daftar apa-apa dan prosesnya juga tidak rumit. Untuk membuat bayaran, hanya MyKad diperlukan. Penting untuk diingat, bantuan ini tidak melibatkan fungsi Touch ‘n Go dalam MyKad sama sekali.

VIA X- Kementerian Kewangan Ministry of Finance

Soal di mana RM100 ini boleh dibelanjakan pula, ia boleh digunakan di lebih 4,100 pasar raya dan kedai terpilih di seluruh negara. Antara yang terlibat termasuk 99 Speedmart, Mydin dan Lotus’s. Namun, tidak semua cawangan mengambil bahagian. Sebab itu, sebaiknya semak dahulu melalui portal MyKasih dan tapis mengikut negeri serta bandar supaya tidak tersalah langkah.

Topik Berkaitan Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Apabila sudah berada di kedai yang terlibat, proses bayaran sebenarnya cukup mudah. Ikuti langkah berikut seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA atau MyKasih
  2. Serahkan MyKad kepada juruwang untuk tujuan pengesahan
  3. Jika ini kali pertama menggunakan SARA, tukar PIN enam digit
    (PIN asal ialah enam nombor pertama pada MyKad)
  4. Juruwang akan mengimbas semua barangan yang layak di bawah program SARA
  5. Buat bayaran menggunakan MyKad dan PIN baharu, sama seperti transaksi kad debit
  6. Simpan resit sebagai rujukan selepas pembayaran
  7. Ada juga situasi di mana juruwang terus menggunakan PIN asal untuk memudahkan urusan. Itu bergantung kepada keselesaan masing-masing, tetapi demi keselamatan jangka panjang, menukar PIN adalah langkah yang lebih baik.
VIA X- Kementerian Kewangan Ministry of Finance

Jika ingin menyemak baki RM100 SARA, penggunaan portal MyKasih kadangkala agak terhad. Cara yang lebih senang ialah dengan memuat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar. Melalui aplikasi ini, baki dan transaksi boleh dipantau dengan lebih jelas tanpa perlu meneka-neka.

VIA Lowyat.net

Sebagai pesan kecil, RM100 mungkin tidak besar bagi sesetengah orang, tetapi bagi ramai keluarga, ia cukup membantu untuk keperluan asas. Gunakan bantuan ini dengan bijak. Sedikit jimat hari ini boleh beri kelegaan esok. Bantuan sudah ada di tangan, terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
SARA
Share28Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara