Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Sarkastik-nya! Iklan Raya Julie’s Biscuits Ini Ketengahkan Isu Stereotaip, Memang Lucu

by Phic ARMAN
April 24, 2022
Share on Facebook

Julie’s Biscuits sekali lagi menghasilkan filem pendek Hari Raya terbaru berjudul ‘Ini Iklan Raya Baru, Tau?’. Filem ini membalikkan skrip iklan yang disiarkan pada 2021 dan membincangkan stereotaip tipikal yang dilihat dalam masyarakat hari ini. Berlatarbelakangkan persiapan menyambut Hari Raya, filem ini menjemput rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan semula definisi peranan tradisional yang stereotaip dengan melihat bagaimana jangkaan dahulukala tidak lagi sesuai pada zaman sekarang.

Sedia ditonton di laman web Julie’s Biscuits, ‘Ini Iklan Raya Baru, Tau?’ akan menyaksikan pelakon Malaysia sangat disayangi, Amerul Affendi, kembali memainkan peranan sebagai ‘Tuan Direktor’. Dalam iklan itu, pelakon dan kru yang berkerja dengan ‘Tuan Direktor’ seakan-akan bertekad untuk menghalang idea dan skrip yang mereka anggap stereotaip dengan menyuarakan idea-idea baharu. Situasi ini menyebabkan ‘Tuan Direktor’ kecewa dan gagal dalam usahanya untuk menghasilkan iklan Hari Raya yang diingini.

YouTube video

Dalam adegan ‘Kuih Mak-More’, pelakon Nadiya Nisaa sanggup berani mencabar skrip dan menyoal ‘Tuan Direktor’ akan sebab mengapa dia mesti digambarkan sebagai ibu yang hiruk-pikuk untuk menunjukkan komitmennya terhadap sambutan Hari Raya.

‘Ini Iklan Raya Baru, Tau?’ juga menampilkan pelakon Dato’ Afdlin Shauki (yang memegang watak ayah dalam ‘Bila Nak Ka’) bersama Mia Sara Shauki yang merupakan anak perempuannya dalam kehidupan sebenar dan di skrin.

Peranan tradisional dalam isi rumah Malaysia semakin berubah, dan hari ini, sifat dan ciri seseorang menentukan tingkah laku dan sikap mereka, bukannya gender, latar belakang etnik, atau umur. Filem pendek ini menjemput penonton untuk mempertimbangkan perubahan dan melihat semula pandangan mereka terhadap peranan stereotaip yang ditakrifkan oleh budaya.

‘Ini Iklan Raya Baru, Tau ?’ dihasilkan oleh Layar Lucida, rumah produksi komersial, filem pendek, siri dan video muzik dari Malaysia.

Dalam menghasilkan ‘Ini Iklan Raya Baru, Tau?’, Julie’s Biscuits memperbaharui kerjasamanya dengan GOVT Singapore, agensi kreatif di sebalik ‘The Worst Feng Shui Master’ dan ‘Operation Maybe.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara