Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Satwo Mengeluarkan Single Yang Ditunggu-Tunggu, “Cahaya Malam”

by Aphit J.
October 14, 2023
Share on Facebook

Satwo, sensasi duo genre folk-pop dan neo-romantika di Malaysia, meneruskan gelombang mereka dalam industri muzik dengan pelancaran single terbarunya di bawah naungan Luncai Emas, Cahaya Malam.

Single Ketiga Dari Satwo

Trek yang sangat dinantikan ini dijangka akan memukau para pendengar, justeru mempamerkan bakat dan kebijaksanaan kreatif Satwo yang unik.

Cahaya Malam merupakan single ketiga dalam kerjaya mereka setelah Untok Kita dan Gelap, menggabung unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir.

Kesinabungan Gelap

via Kosmo

Single ini adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar malah unik, istimewa dan kreatif.

Cahaya Malam ialah kesinambungan dari single Satwo yang sebelum ini, Gelap.

Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti ‘chanting’ atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya.

Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang.

Mengenai Perasaan Selepas Dendam

via Luncai Emas

Inspirasi Cahaya Malam datang dari perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.

Cahaya Malam akan tersedia di semua platform streaming utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan Joox, bermula pada hari Jumaat, 22 September 2023.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Satwo
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara