Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

‘Saya Kena Buat Yang Sehabis’- Bunga Teruja Bakal Sepentas Dengan Coldplay

by Phic ARMAN
June 12, 2023
Share on Facebook

Ada berita terbaru datangnya dari konsert Coldplay!

Dalam satu kenyataan daripada penganjur konsert Live Nation, dinyatakan bahawa penyanyi rap tempatan Bunga akan menjadi pembuka tirai untuk konsert Coldplay pada 22 Nov di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bunga, yang nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, memulakan kerjaya muziknya selepas muncul sebagai salah seorang finalis di 16 Baris – pertandingan gaya bebas hip-hop dalam talian yang diterajui oleh bintang rap tempatan Joe Flizzow.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

Bunga berkata kepada Harian Metro, dia akui terkejut dan telah dimaklumkan hal ini pada dua bulan yang lalu.

“Berita dapat jadi artis pembuka Coldplay itu sudah dua bulan saya terima. Bila dapat tahu berita itu, semestinya saya terkejut sebab tak tahu bila masa pula dan bagaimana mereka pilih.

“Kita membesar dengan lagu-lagu Coldplay. Saya tahu persembahan dan penguasaan pentas mereka sangat-sangat bagus. Ramai peminat pasti datang pada konsert itu nanti.

“Sebab tak ramai kenal dan mempertikaikan kenapa saya (dipilih). Jadi saya kena buat yang sehabis,” katanya kepada Harian Metro.

Coldplay mengumumkan hari ini (12 Jan) bahawa ia akan mengadakan persembahan selama empat malam di Singapura. Kumpulan yang memenangi Grammy juga akan bermain di Manila dan Bangkok pada 19 Jan dan 3 Feb masing-masing.

Tiket am untuk konsert Coldplay akan datang di Kuala Lumpur habis dijual dalam masa lebih tiga jam selepas dijual pada Mei, mempamerkan permintaan luar biasa kumpulan itu di negara ini.

Terkenal dengan persembahan rap yang luar biasa, wanita berusia 23 tahun itu menjadi tajuk utama dalam New York Times, dan beberapa media antarabangsa, menggelarnya sebagai penyanyi rap berhijab pertama.

Sejak menandatangani kontrak dengan Warner Music Malaysia pada 2019, Bunga telah mengeluarkan pelbagai lagu popular termasuk Mereng, Amaran dan Intan Payung – tempat dia bekerjasama dengan Ratu Pop Etnik negara, Noraniza Idris.

Selain itu dia juga menceburi bidang lakonan. Dia membuat debut lakonannya pada tahun 2020 dengan telefilem Aku, Bunga.

Coldplay mengumumkan hari ini (12 Jan) bahawa ia akan mengadakan persembahan selama empat malam di Singapura. Kumpulan yang memenangi Grammy itu  juga akan membuat persembahan di Manila dan Bangkok pada 19 Jan dan 3 Feb masing-masing.

Nak Tahu Gaji Sebenar Andy Bryon? CEO Yang Peluk HR Di Konsert Coldplay
bungacoldplay
https://lomp.at/7njiu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara