Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Saya Menangis Setiap Kali Tinggalkan Anak” – Uqasha Senrose Dedah Nelydia Jadi Penyelamat Rumah Tangganya

by Puteri Alia
October 16, 2025
Share on Facebook

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja menjadi sumber kekuatan hidupnya, tetapi juga guru pertama dalam perjalanan baharunya sebagai seorang ibu muda. Bagi Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, peranan ibunya, Rosmizah Mohd. Noor, amat besar dalam membentuk dirinya menjadi ibu yang cekal dan penyayang terhadap puteri kesayangan, Hawra Uqaira.

“Saya berterima kasih terutama kepada mak saya yang ada masa saya mula-mula bergelar ibu. Walaupun saya pergi ke kelas, tetap tak tahu cara betul untuk menyusukan anak. Mak saya yang ajar dan tunjuk semuanya. Itulah mak saya, guru sebenar yang mendidik anaknya menjadi ibu,” ujar bintang filem Bisikan Dosa itu dalam satu perkongsian di TikTok.

Tidak hanya menghargai ibunya, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu terhadap adik kesayangannya, pelakon Nelydia Senrose, yang sentiasa menjadi penyelamat setiap kali dirinya sibuk dengan urusan penggambaran. Menurut Uqasha, anaknya lebih selesa dengan dua insan terdekat itu, ibunya dan Nelydia. “Anak saya hanya mahu dengan saya. Dia tak nak orang lain, kecuali mak dan Nelydia sebab muka dia pun seiras dengan saya. Bila saya pergi shooting, Nelydia akan jadi orang pertama datang ke rumah, ambil Uqaira dan bawa dia keluar berjalan. Saya bersyukur sebab dikurniakan adik yang sangat sayangkan anak saya seperti anak sendiri,” katanya penuh syukur.

Namun di sebalik senyumannya di depan kamera, Uqasha mengakui jiwanya sering berperang setiap kali terpaksa meninggalkan anak untuk bekerja. “Saya tak nak keluar diam-diam. Saya nak dia tahu ‘Qaira, ibu keluar bekerja’. Walaupun dia akan peluk dan tak nak lepas, saya tetap beritahu. Kadang-kadang saya pun menangis sebelum keluar. Bila saya cerita pada mak, dia faham perasaan saya sebagai ibu,” luahnya penuh emosi.

Uqasha Senrose Kurus Bukan Sebab Diet, Tapi Letih Urus Anak dan Kerja

Dalam masa sama, Uqasha turut menjadi tumpuan netizen susulan spekulasi mengenai rumah tangganya bersama pelakon Kamal Adli, selepas pasangan itu dilihat tidak lagi saling mengikuti di Instagram. Keadaan menjadi hangat apabila Uqasha memuat naik hantaran berbaur luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.

Pasangan popular itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun lima bulan. Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan gosip, Uqasha dilihat terus fokus terhadap peranannya sebagai ibu dan wanita bekerja menjadikan kasih seorang ibu serta sokongan keluarga sebagai kekuatan utamanya dalam meneruskan kehidupan.

uqasha senrose
https://lomp.at/idabw
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @intannajuwa (IG)
Lokal

Rizman Ruzaini Vs Suami Intan Najuwa, Ini Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Hutang RM1.3 Juta

by Nurul A.
January 6, 2026

Selepas hampir tiga tahun mendiamkan diri kerana menghormati proses undang-undang, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara mengenai kes saman...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore