Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

“Saya Student Sederhana Je”- Saintis Dari Bumi Kenyalang Ini Jadi Sumber Inspirasi Netizen

by Puteri Alia
January 27, 2023
via TikTok Dr. Marsha Samuel

via TikTok Dr. Marsha Samuel

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular sebuah video yang dikongsikan oleh saintis negara, Doktor Marsha Samuel di akaun TikTok nya menjadi perhatian dan bualan hangat dikalangan warganet.

Kongsi Perjalanan Jadi Saintis

Melihat video gambar yang dimuatnaik, Doktor Marsha memaparkan sedikit perjalanan kerjayanya sebagai saintis. Berdasarkan gambar yang dikongsikan di TikTok nya, Doktor Marsha mendedahkan menggalas tanggungjawab sebagai saintis bukanlah mudah.

“Siapa suruh jadi saintis. Kena paksa ambil PhD. Kena kerja di luar negara. Kena kerja dalam hutan. Kena pulau dok sorang-sorang dalam office. Kena wakil Malaysia setiap tahun.” Tulisnya

via TikTok Dr. Marsha Samuel
via TikTok Dr. Marsha Samuel

‘Determination Buat Saya Berjaya’

Muatnaik tersebut menarik perhatian warganet, rata-rata ramai yang mengajukan soalan diruangan komen dan antaranya ada yang menyoal sama ada doktor ini takut atau tidak menjadi saintis.

“Takut tak jadi saintis? Kena pandai. Kena bijak.” -@Capuan>_<

Melihat soalan yang diajukan tersebut, Doktor Marsha memberi jawapan diruangan balas hantaran komen berkenaan.

“Sebenarnya saya student sederhana je. But determination tu buat saya berjaya. Menangis, darah tinggi, pengsan, kecewa, dimalukan, semua dah ditempuhi.” Jawabnya

via TikTok Dr. Marsha Samuel

Dalam pada itu, ada juga yang menyoal Doktor Marsha tentang kajian yang dilakukannya diruangan komen.

“Saintis apa sister.” -@Mikael

Komen tersebut mendapat respon saintis jelita ini dan memberi jawapan balas tentang penyelidikan yang dilakukannya.

“Kaji proses tindakbalas dalam tanah yang menyebabkan pengurangan karbon dalam tanah dan perlepasan karbon ke atmosfera.” Balasnya

Bangga Dengan Pencapaian Dan Beri Inspirasi

Meninjau diruangan komen, rata-rata ramai warganet menitipkan ucapan semangat dan berasa bangga melihat pencapaian yang dikecapi Doktor Marsha. Dalam pada masa yang sama, ramai yang terinspirasi melihat kejayaannya sebagai saintis.

“Truly inspired and proud.”

“Semoga anak-anak muda di luar sana menjadikan kejayaan sis ni, menjadi inspirasi untuk berjaya.”

“Congratulation on your achievement.” Komen merek

via TikTok Dr. Marsha Samuel

“Hebat.”

“Terbaik, bangga dengan pencapaian awak. Moga terus berjaya dan dipermudahkan.”

“Ini baru betul orang cakap beauty with brain.” Komen mereka lagi

Sekadar info, berdasarkan interaksi saintis ini bersama warganet di TikTok. Doktor Marsha Samuel merupakan saintis kelahiran Sarawak dari suku kaum Iban. Doktor Marsha merupakan alumni doktor falsafah University of Nottingham dalam jurusan biosains.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Doktor Marsha SamuelSaintis Malaysia
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara