Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026
Foto - @schaalyahya (IG)

Foto - @schaalyahya (IG)

175
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan didikan anak-anak sejak kecil.

Scha, yang juga ibu kepada dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina, menegaskan bahawa dia dan suami, Awal Ashaari tidak mengambil mudah mengenai batas pergaulan anak-anak terutamanya ketika usia mereka semakin meningkat.

View this post on Instagram

“Bila anak perempuan semakin besar, sudah tentu ada batasan yang perlu dijaga. Sebagai ibu bapa, kami melihat perkara ini dengan sangat serius. Bagi saya, soal batas pergaulan adalah perkara paling penting. Anak perlu tahu apa yang boleh dan tidak, termasuk soal sentuhan. Mereka perlu faham tentang menjaga batas sejak awal.”

View this post on Instagram

Walaupun sering dianggap sebagai ibu “overthinking”, Scha mendedahkan itu adalah naluri seorang ibu demi keselamatan dan masa depan anak-anaknya. Baginya, batasan awal perlu ditetapkan supaya anak-anak dapat memahami apa yang boleh mereka lakukan dan tidak dalam kehidupan seharian.

“Naluri seorang ibu mendorong saya untuk sentiasa berwaspada dalam setiap aspek kehidupan anak-anak walaupun ada kalanya dianggap terlalu berfikir. Bagi saya, sikap berhati-hati itu penting sebagai asas dalam membentuk adab, akhlak serta memastikan keselamatan anak-anak, lebih-lebih dalam dunia moden yang penuh cabaran.”

View this post on Instagram

“Penetapan batasan sejak awal sangat penting supaya anak-anak tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Ia bukan untuk menyekat, tetapi untuk melindungi dan membentuk jati diri mereka.”

Pada masa yang sama, Scha dan Awal turut menetapkan peraturan ketat mengenai penggunaan gajet, yang hanya dibenarkan pada hujung minggu sahaja dan media sosial di rumah. Aplikasi yang dibenarkan pula terhad kepada bersifat pembelajaran dan dipantau rapi olehnya.

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan
awal ashaarilara alanaLyla AminaScha Alyahya
https://lomp.at/fr21l
Share70Tweet44SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore