Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Sedih, Kecewa Cinta Bertepuk Sebelah Tangan? Sila Akhiri Jika Ada Tanda-Tanda Ini

by Lisa Ghani
March 27, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Cinta bertepuk sebelah tangan memang menyakitkan. Bila melibatkan soal hati, memang susah. Tahu-tahu pula hanya kita yang beriya-iya, rupanya dia tidak sedikit mempunyai perasaan yang sama.

Apabila kamu sedang jatuh cinta, secara semula jadi kamu sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan. Kamu sanggup berkorban untuknya. Tapi sayangnya cinta kamu tidak berbalas. Dari masa ke masa kamu tahu pasangan kamu tidak mencintai kamu seperti kamu sayanginya. Sehingga akhirnya kamu sedar, cintanya hanya bertepuk tangan.

Bila ini berlaku, macam-macam yang kamu rasa. Kecewa? Sedih? Geram? Sakit?

Jika kamu terasa cinta ternyata bertepuk sebelah tangan, segera akhiri sebelum kamu disakiti lebih teruk lagi.

Kamu yang memulakan perbualan

Foto – Pinterest

Di mana kamu yang menghantar teks pesanan ringkas, membuat panggilan telefon, kamu berusaha untuk melihat satu sama lain, keluar dating setiap kali tiba hujung minggu.

Sekiranya kamu membuat sebahagian besar pelan untuk menghabiskan masa bersama-sama dan dia langsung tidak menghiraukannya maka itu tandanya kamu berdepan dengan one-sided love, jadi lupakan sahaja.

Acapkali menjadi orang yang pertama dalam setiap perkara, kamu yang bersungguh-sungguh dalam hal percintaan.

Dia tidak peduli dengan kamu

Itulah kenyataannya! Sebenarnya bila lama-kelamaan dengannya, kamu mungkin boleh perasan bahawa dia sebenarnya tidak pedulikan tentang diri, dan kamu betul.

Intipatinya, jika kamu terlibat dalam perhubungan cinta bertepuk sebelah tangan, pasangan kamu tidak peduli akan kesejahteraan atau berusaha untuk membahagiakan kamu, dia langsung tidak mengambil inisiatif sepatutnya untuk menggembirakan kamu.

Bila si dia buat kamu rasa bersalah tanpa sebab

Foto – Pinterest

Dalam kebanyakan hal, kamu selalu mengalah dan sentiasa kalah. Individu sebegini bersikap manipulatif dengan mengetahui kelemahan kamu dan sentiasa mempergunakan kamu untuk kepentingan mereka sendiri.

Namun, bukan mudah untuk kamu menjauhkan diri daripada mereka kerana mereka bijak memutar-belit keadaan sehingga menampakkan kamu yang bersalah dalam setiap hal.

Dia mengabaikan masalah hubungan

Kamu sentiasa berusaha untuk membincangkan hal berdua, tetapi pasangan kamu sedikit tak ambil pusing.

Sebagai contoh, kamu mempersoalkan kenapa dia asyik menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan kamu. Kerana itu, kamu suarakan apa yang terpendam tetapi penerimaan yang diberi agak melukakan hati.

Dia seperti tidak mahu menangani sebarang masalah, kerana dia tidak peduli dengannya. Jadi kamu merasa seperti kamu ditinggalkan dengan dua pilihan: cuba untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri atau mengabaikannya.

Kamu sentiasa tertekan

Foto – Pinterest

Kamu sentiasa bimbang bahawa hubungan berada di ambang kehancuran dan merasakan itu semua salah kamu. Kamu cuba bekerja keras untuk menunjukkan kepada pasangan bertapa kamu sayangkannya dan berhubung sekerap yang mungkin.

Jika pasangan membuat kamu merasa tertekan dan tidak selamat, maka lebih baik kamu undur diri sahaja. And learn to love yourself, and think about yourself before anything else!.

cinta tepuk sebelah tanganone-sided love
https://lomp.at/c1sf5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara