Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

145 Tahun Bertahan, Rupanya Seiko Pernah Cipta Sesuatu Yang Mengubah Dunia

by Phic ARMAN
July 22, 2026
Seiko 1880
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau hari ini anda nampak seseorang memakai jam tangan Seiko, mungkin ramai menganggap ia sekadar jenama terkenal dari Jepun. Tapi hakikatnya, di sebalik nama itu tersimpan satu kisah yang cukup mengagumkan.

Seiko bukan sekadar menghasilkan jam, malah pernah menjadi antara jenama yang mengubah sejarah industri jam tangan dunia.

Semuanya bermula pada tahun 1881 apabila seorang usahawan muda bernama Kintaro Hattori membuka sebuah kedai kecil menjual dan membaiki jam di daerah Ginza, Tokyo. Ketika itu usianya baru berusia 21 tahun. Siapa sangka, daripada sebuah kedai sederhana itu lahir sebuah jenama yang kini dikenali di seluruh dunia dengan falsafah “Always One Step Ahead of the Rest”, iaitu sentiasa selangkah di hadapan.

145 Tahun Bertahan, Rupanya Seiko Pernah Cipta Sesuatu Yang Mengubah Dunia
Kintaro Hattori membuka sebuah kedai kecil menjual dan membaiki jam di daerah Ginza, Tokyo.
Jam dinding pertama SEIKO
Jam dinding pertama SEIKO di GINZA, Jepun

Seiko mencipta pelbagai inovasi luar biasa

Semangat itulah yang membawa Seiko mencipta pelbagai inovasi luar biasa. Pada tahun 1913, mereka menghasilkan jam tangan pertama buatan Jepun. Kemudian pada era 1960-an, Seiko sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan jam kronograf pertama Jepun (1964), jam penyelam pertama mereka (1965), dan kemuncaknya pada 1969 apabila berjaya menghasilkan jam tangan kuarza pertama di dunia dari Seiko .

Penemuan ini bukan sahaja mencipta sejarah, malah mengubah landskap industri jam tangan global sehingga hari ini.

Bagi MURAI, inilah yang menjadikan Seiko ini cukup istimewa. Ia bukan sekadar sebuah jenama, tetapi simbol keberanian untuk terus berinovasi dan menghasilkan sesuatu yang mendahului zaman. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, legasi itu masih diteruskan sehingga kini.

King Seiko VANAC Kembali Dengan Aura Biru Ikonik

Meneruskan legasi tersebut, Seiko kini memperkenalkan King Seiko VANAC Limited Edition, sebuah model yang menghidupkan semula siri VANAC yang pernah mencuri perhatian sekitar tahun 1970-an.

Seiko Pernah Cipta Sesuatu Yang Mengubah Dunia

Model Seiko edisi terhad ini tampil dengan sentuhan Seiko Blue, warna ikonik yang menjadi identiti jenama sejak era 1960-an. Dail berwarna perak-putih dipadankan dengan cincin biru terang yang diinspirasikan daripada rekaan asal VANAC, manakala ketiga-tiga jarum jam turut diserlahkan dengan kemasan biru berkilau. Indeks bercahaya Lumibrite pula memastikan bacaan masa lebih jelas sambil menambah elemen premium pada keseluruhan reka bentuk.

Reka bentuk berinspirasikan panorama bandar Tokyo itu turut menampilkan corak jalur mendatar pada dail serta simbol huruf “V” pada indeks pukul 12 dan pemberat jarum saat, sekali gus memberikan identiti tersendiri kepada koleksi ini.

Seiko & Prestasi Yang Seiring Dengan Penampilan

Bukan sekadar tampil bergaya, King Seiko VANAC turut dipacu oleh pergerakan mekanikal Caliber 8L45, antara enjin mekanikal terbaik Seiko. Ia menawarkan simpanan kuasa sehingga 72 jam dengan tahap ketepatan antara +10 hingga -5 saat sehari, sesuai untuk mereka yang menghargai ketelitian kejuruteraan Jepun.

Bahagian belakang jam menggunakan kristal nilam lutsinar yang membolehkan pemilik melihat kemasan corak gelombang pada komponen mekanikalnya, manakala logo perisai berwarna biru pada penutup belakang menjadi penghormatan kepada King Seiko era 1960-an.

King Seiko VANAC Kini Boleh Dilihat Di Kuala Lumpur

145 Tahun Bertahan, Rupanya Seiko Pernah Cipta Sesuatu Yang Mengubah Dunia
Ruang pameran berjenama baharu di Cortina Watch, Fahrenheit88 Kuala Lumpur.
Ruang pameran berjenama baharu di Cortina Watch, Fahrenheit88 Kuala Lumpur.

Seiring pelancaran model ini, Seiko turut meraikan satu lagi pencapaian di Malaysia menerusi pembukaan ruang pameran berjenama baharu di Cortina Watch, Fahrenheit88 Kuala Lumpur. Ruang khas Seiko itu membolehkan peminat dan kolektor menikmati pengalaman melihat sendiri koleksi Seiko dalam suasana yang lebih eksklusif.

King Seiko VANAC Limited Edition ini hanya dihasilkan sebanyak 800 unit di seluruh dunia

King Seiko VANAC ini hanya dihasilkan sebanyak 800 unit di seluruh dunia dan mula ditawarkan sejak Julai 2026 menerusi butik Seiko serta pengedar terpilih. Bagi MURAI, model Seiko  ini bukan sekadar sebuah jam tangan mewah, tetapi juga lambang bagaimana sebuah jenama yang bermula dari kedai kecil di Tokyo berjaya meninggalkan kesan besar dalam sejarah dunia.

Tidak mustahil, edisi terhad Seiko ini bakal menjadi antara koleksi yang diburu peminat horologi pada masa akan datang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kintaro Hattoriseiko
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Tiket Jason Mraz KL Laris! 4 Kategori Baharu Kini Dibuka

by Phic ARMAN
August 14, 2026

Kalau anda antara yang sudah lama menunggu Jason Mraz kembali ke Malaysia, ini berita yang memang patut diberi perhatian! Menjelang...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
LifeXplore

Zizan Razak Curi Tumpuan Di Pelancaran G-SHOCK Bold Camo Series, Dedah Kisah Sebelum Bergelar Artis

by Phic ARMAN
August 3, 2026

Anda jenis penggemar jam tangan yang bukan sekadar tahan lasak? Selain boleh dijadikan pelengkap gaya harian, koleksi terbaharu G-SHOCK Bold...

Read moreDetails
Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
LifeXplore

Lepas Bertahun-Tahun, Atilia Haron Akhirnya Tampil Dengan Konsert Paling Peribadi

by Phic ARMAN
July 24, 2026

Kalau selama ini anda kenal Atilia Haron menerusi lagu-lagu yang menenangkan jiwa, kali ini penyanyi itu tampil dengan sesuatu yang...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
LifeXplore

Bajet Bawah RM200 Dah Boleh Terbang Ke Thailand? Ini Tawaran AirAsia Terbaharu

by Phic ARMAN
July 22, 2026

Bila sebut tentang percutian dekat-dekat, Thailand memang antara destinasi yang sentiasa masuk dalam wishlist ramai rakyat Malaysia. Dari makanan jalanan...

Read moreDetails
Element by Marriott KL
LifeXplore

Element by Marriott KL Rai Hari Merdeka Dengan Percutian Keluarga Yang Menarik!

by Nurul A.
August 29, 2026

Pada musim Kemerdekaan ini, Element by Marriott Kuala Lumpur (KL) mengajak keluarga untuk berehat, berhubung semula dan meraikan semangat kebersamaan...

Read moreDetails
LifeXplore

Apa Kata Penganjur Selepas Pestapora Malaysia? Ini Harapan Buat Artis & Peminat

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Apa yang berlaku selepas sesebuah festival berakhir? Bagi penganjur, mungkin ramai fikir semuanya selesai selepas lampu pentas dipadam dan peminat...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  3. 3

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  4. 4

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  5. 5

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara