Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi tahun ini.

Inisiatif berkenaan dilihat sebagai langkah berterusan membantu pesakit tibi, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40), agar dapat menjalani rawatan secara konsisten sehingga sembuh sepenuhnya tanpa terbeban dari segi kewangan.

Menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, pada tahun lalu seramai 628 pesakit tibi di Selangor telah menerima manfaat melalui insentif ini.

Tiada kematian berpunca influenza sejak 2024 - Exco Selangor
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin

“Insentif ini membantu meringankan beban kewangan pesakit sepanjang tempoh rawatan, sekali gus memastikan mereka tidak tercicir daripada rawatan yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Situasi Terkini Tibi Di Selangor

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa bagi tempoh Minggu Epidemiologi satu hingga empat tahun ini, sebanyak 424 kes tibi direkodkan di Selangor, menunjukkan penurunan 19 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Setakat ini, empat wabak tibi aktif sedang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), namun kesemua wabak tersebut dikenal pasti berskala kecil, terkawal sepenuhnya dan tidak melibatkan penularan meluas dalam komuniti.

Jangan Panik, Tibi Boleh Dicegah & Dirawat

Waspada penyakit tibi: Ini panduan KKM untuk pencegahan dan rawatan
Via laman web rasmi Kemesterian Kesihatan Malaysia (KKM)

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak panik memandangkan tibi adalah penyakit yang boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya sekiranya rawatan diperoleh lebih awal dan dipatuhi dengan baik.

Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk:

  • Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
  • Demam berterusan
  • Susut berat badan
  • Berpeluh pada waktu malam

Masyarakat juga digalakkan mengamalkan etika batuk yang betul, memastikan pengudaraan baik di rumah dan tempat kerja, serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom berkenaan.

Pesakit tibi yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi portal rasmi Bantuan Sihat Selangor.

Pendek kata, dengan sokongan rawatan, pemantauan rapi dan insentif yang diteruskan, Selangor terus menunjukkan keseriusan dalam menjaga kesihatan rakyatnya.

insentif rawatankerajaan selangorTibi
https://lomp.at/pe5oe
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Rumah Mampu Milik 2026, Ketahui Tiga Inisiatif Kerajaan Untuk Bantu Pembeli Rumah Pertama

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kerajaan terus mempergiat usaha mengawal harga rumah menerusi tiga inisiatif strategik bagi memastikan rakyat, khususnya pembeli rumah pertama, masih mampu...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Berita baik buat penerima bantuan kerajaan, Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2026 mula disalurkan secara berperingkat...

Read moreDetails
Insentif

Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan makanan sejuk beku, satu langkah yang dilihat lebih...

Read moreDetails
Insentif

Tulus Digital Lancar Kempen ‘BerkatZakat’ Ramadan 1447H, Bayar Zakat Kini Semudah Satu Klik

by Ayu Kamaruddin
February 19, 2026

Menjelang Ramadan 1447H, Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital) tampil dengan kempen istimewa bertemakan ‘BerkatZakat - Satu klik, seribu keberkatan’,...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) Dibuka! Ibu Bapa Boleh Mohon Subsidi RM50 Sebulan Untuk Yuran Tadika Anak

by Ayu Kamaruddin
March 17, 2026

Kerajaan Negeri Selangor terus komited membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Terbaharu, Skim Bantuan Tadika Selangor...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara