Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rasmi! Ini Senarai 12 Finalis Hero Remaja 2021

Pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini

by Khai Azfar
September 2, 2021
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Pencarian Hero Remaja kini kembali untuk edisinya yang kesebelas dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.

Pengetahuan Am Diutamakan

Mengenai pencarian kali ini, seramai 12 orang finalis telah dipilih dan mereka akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka akan diangkat sebagai juara. Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja.

Sesi ujibakat pencarian hero remaja 2021 pada Disember tahun lalu juga telah mencipta sejarah apabila buat pertama kali sepanjang penganjurannya ia dibuat secara atas talian berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021. Ketika itu, para juri jemputan seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Ghous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir telah dipilih bagi melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza.

Bermula 11 September 

Kini,12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 terdiri daripada Afiq Hamidon (20, Selangor), Alif Haiqal (21, Kuala Lumpur), Amir Ahnaf (21, Terengganu), Aryan Naim (24, Negeri Sembilan), Aqil Taqee (22, Kuala Lumpur), Farhan Nordn (23, Johor), FAzziq Muqris (21, Selangor), Ideen Azman (21, Melaka), Mierul Aiman (23, Putrajaya), Syazani Zainal (19, Selangor), Zaid Erakad (23, Selangor) dan Zaim Yaiz (22, Selangor) akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Program ‘Hero Remaja 2021’ turut menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos selain juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor.

hero remajaHero Remaja 2021
https://lomp.at/n3hxq
Share34Tweet21SendShare

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore