Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Senarai Selebriti Malaysia Yang Tidak Lagi Berhijab Jadi Tumpuan

by Phic ARMAN
December 7, 2016
Share on Facebook

Tahun 2016 akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Isu-isu panas serta kontroversi sentiasa menghantui di kalangan selebriti di Malaysia. Tidak kurangnya pada isu yang membabitkan selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berhijab lagi.

Persoalan mengapa mereka berubah terpulang kepada pendirian masing-masing.

Namun selebriti ini sentiasa dihujani kritikan dan tohmahan daripada netizen di media sosial. Ada juga yang masih memberi sokongan moral dan menghormati keputusan yang mereka lakukan.

Sebagai peminat, janganlah kita cepat melenting dan menghakimi perbuatan yang telah mereka lakukan dan lebih baik mendoakan kebaikan. Antara selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon tanahair Uqasha Senrose, Nur Ameera Khan iaitu adik kepada Neelofa dan bekas DJ radio Era, Ira Mohd Amin.

uqasha

1. Uqasha Senrose

Uqasha telahpun mendedahkan dirinya tidak mahu lagi bertudung dan mengakui bahawa selama tiga tahun berhijab, imannya seakan tidak stabil. Malah, keputusan bertudung dulu dibuat kerana kecewa putus cinta dan merasakan beliau seperti munafik kerana menonjolkan sikap yang tidak bertepatan dengan imej berkenaan.

ira

2. Ira Mohd Amin

Bekas penyampai radio ERA fm ini yang memulakan langkah baru dalam hidup dengan berhijab pada bulan Ramadhan yang lalu mengejutkan peminatnya apabila bergambar tanpa tudung bersama teman baiknya, Nana Mahzan.

ameera

3. Nur Ameera Khan

Adik Neelofa iaitu Nur Ameera telah menerima pelbagai kritikan daripada orang ramai suatu ketika dahulu. Dia mencetuskan kontroversi apabila seakan menghina sekolah serta guru kerajaan. Antara kenyataan Ameera menerusi satu video yang beliau muat naik di YouTube ialah, guru kerajaan buat kerja cincai dan keadaan sekolah kerajaan sangat teruk berbanding sekolah swasta.

Sejak dari itu Ameera semakin di kenali lantas mempunyai ribuan pengikut di Instagram dengan imej berhijab sebelum ini. Namun sejak akhir-akhir ini gadis kacukan arab ini sudah mula memuat naik gambar tidak berhijab. Mungkin ada sebab-sebab tertentu Ameera tidak bertudung lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara