• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Seram! Perkara Pertama Rozita Che Wan Akan Buat Jika Suami Dirampas

by Phic ARMAN
March 26, 2018
Share on Facebook

Memang tidak boleh dinafikan jika lelaki boleh berkahwin lebih dari satu, namun tidak semua wanita bergelar isteri merelakan dirinya bermadu. Menyedari hal ini yang berlaku di kalangan artis, pelakon dan penerbit Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta terpanggil untuk mengulas tentang isu ini.

Kredit Foto: Malaymail Onine

Dari laporan Kosmo, Che Ta menasihati wanita supaya lebih berhati-hati dalam bercinta dan tidak sewenang-wenangnya menghancurkan mahligai yang sedang dibina oleh wanita lain untuk kepentingan sendiri.

“Saya tidak tolak poligami, apatah lagi menafikan hukum agama. Namun, saya tidak suka melihat wanita mengambil suami orang lain. Jika lelaki mahu berkahwin lain, itu hak mereka tetapi seorang wanita itu boleh mengelak daripada merampas suami orang dengan memilih untuk bercinta dengan lelaki bujang,” katanya 

Che Ta turut berkongsi pengalaman pahit dirinya sebelum ini pernah diceraikan dan menjadikan dugaan ini buatkan dirinya lebih kuat.

View this post on Instagram

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Ketika saya diceraikan, saya hanya ada dua orang anak. Selama 10 tahun saya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa. Namun, saya tidak mengeluh kerana tahu Allah ada di sisi. Dugaan seperti itu yang membuatkan saya menjadi individu lebih kuat untuk terus mengharungi hidup,” katanya 

Jika Wanita Rampas Suami Che Ta? 

Rasanya tidak perlu untuk menyebut nama artis yang terlibat dengan kontroversi rampas suami, namun Che Ta sendiri akui perkara sebegini mungkin boleh berlaku pada dirinya.

Agak-agak apa yang dilakukan oleh Che Ta jika ada wanita lain cuba rampas suaminya? Ini reaksinya;

 “Sebelum dia rampas, saya koyakkan mulut dia dulu.”

Seram tak? Jadi kepada wanita-wanita di luar sana, Bertepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi. Jangan salahkan lelaki untuk kahwin lebih dari satu jika dia mampu, wanita di luar sana harus peka dengan status lelaki sebelum bercinta. Bujang dan Duda kan ramai!

Sumber Kosmo

[VIDEO] Che Ta Kongsi BTS 'Bahagia Yang Tertangguh', Netizen Terhibur!-"Mengengkang Lari Kak Ju.."
che taizreen azmindarozita che wanzain saidin
https://lomp.at/0v6vu
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore