• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Sering Adakan Serbuan Melulu Macam Orang Gila, Tentera Israel Gagal Buktikan Ada Terowong Bawah Hospital

by Puteri Alia
November 15, 2023
Share on Facebook

Tentera Israel menyerbu hospital terbesar di Gaza hari ini kerana mendakwa ada terowong bawah bangunan itu dijadikan pusat pejuang Hamas.

Hospital Al Shifa menerima ribuan pesakit dan orang awam yang mencari perlindungan daripada konflik sejak lima minggu lalu.

Puluhan askar Israel yang memakai topeng muka melepaskan tembakan ke udara dalam operasi di dalam kemudahan kesihatan itu.

Seorang pegawai dari Kementerian Kesihatan Palestin, Youssef Abu Rish yang berada di dalam Hospital Al Shifa itu berkata, dia dapat melihat kereta kebal berada di dalam kompleks hospital dan puluhan askar dan komando berada di bahagian kecemasan serta kaunter dalam bangunan terbabit.

Tentera Israel menyifatkan itu sebagai operasi yang tepat dan disasarkan terhadap Hamas di kawasan tertentu dalam kemudahan itu.

Pejuang Palestin bagaimanapun berulang kali menafikan mempunyai pangkalan di hospital berkenaan.

Menurut Al Jazeera, tentera Israel masih gagal membuktikan dakwaannya ada terowong dan kemudahan pejuang Hamas di bawah Hospital Al Shifa.

Selepas menerima desakan dari Amerika Syarikat dan negara lain Hospital Al-Shifa mesti dilindungi, Israel berkata, serbuan itu dilaksanakan berdasarkan keperluan operasi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekurang-kurangnya 2,300 orang termasuk pesakit, kakitangan dan orang awam yang dipindahkan berada di dalam bangunan berkenaan dan mungkin tidak dapat melarikan diri kerana pertempuran sengit.

Saksi menyifatkan keadaan di dalam hospital sebagai mengerikan dengan prosedur perubatan berlaku tanpa ubat bius, keluarga tinggal di koridor dengan makanan serta air yang sedikit dan bau busuk mayat yang mereput memenuhi ruang udara.

“Terdapat mayat bergelimpangan di kompleks hospital dan tiada lagi bekalan elektrik di bilik mayat,” kata Pengarah Hospital, Mohammad Abu Salmiya semalam, sebelum serbuan dilakukan Israel seperti laporan AFP.

Sementara itu REUTERS melaporkan, seorang doktor di hospital berkenaan memaklumkan tembakan yang berlaku di luar perkarangan bangunan itu memaksa kakitangannya menjauhkan diri dari tingkap, demi menjaga keselamatan mereka daripada rejim Zionis berkenaan.

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin

Tindakan menyasarkan hospital awam itu mendapat perhatian Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan menggesa supaya tentera Israel untuk melakukan sekatan secara maksimum dan pembunuhan membabitkan wanita, kanak-kanak dan bayi harus dihentikan

israel
https://lomp.at/xuu8b
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @sameralhassanat (TikTok) / @surijannah_25 (TikTok)
Berita

[VIDEO] Tular Produk Ada Tulisan Hebrew, F&N Tampil Jelas Isu Label Gold Coin

by Nurul A.
October 23, 2025

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang lelaki warga Palestin yang fasih berbahasa Melayu menunjukkan salah satu produk...

Read more
Foto - Azni Rahim Faraz Media (FB) / @sumudnusantaraofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- “Saya Dah Try Mesej Call Dia”

Pelakon dan suami kepada Zizi Kirana, Muhammad Yusuf Bahrin meluahkan rasa bimbangnya apabila mengetahui isterinya telah menjadi tawanan Pasukan Pertahanan...

Read more
by Nurul A.
October 2, 2025
Foto - @yvonneridley (IG)
Berita

‘Hilang Dari Radar’ Selepas Dipenjara Di Israel, Keberadaan 2 Aktivis GSF Ini Cetus Tanda Tanya

Ramai yang meluahkan rasa syukur selepas mengetahui kebanyakan sukarelawan yang menyertai misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza telah...

Read more
by Nurul A.
October 6, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  4. 4

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore