Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

‘Hilang Dari Radar’ Selepas Dipenjara Di Israel, Keberadaan 2 Aktivis GSF Ini Cetus Tanda Tanya

by Nurul A.
October 6, 2025
Foto - @yvonneridley (IG)

Foto - @yvonneridley (IG)

Share on Facebook

Ramai yang meluahkan rasa syukur selepas mengetahui kebanyakan sukarelawan yang menyertai misi kemanusian Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza telah dibebaskan selepas ditahan secara paksa oleh tentera Israel.

Bagi sesetengah sukarelawan yang masih lagi ditahan, mereka dilaporkan bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dihantar pulang terus ke negara mereka.

Namun di sebalik berita gembira itu, keberadaan dua aktivis yang menyertai misi ini masih lagi menjadi misteri selepas mereka didakwa “hilang dari radar” semasa berada dalam tahanan Israel.

View this post on Instagram

A post shared by Yvonne Ridley (@yvonneridley)

Dua aktivis itu ialah wartawan Scotland, Yvonne Ridley dan pelawak Ireland, Tadhg Hickey. Memetik kenyataan daripada Quds News Network, dua aktivis ini sepatutnya dalam penerbangan ke Istanbul bersama aktivis lain, termasuklah Greta Thunberg, sebelum pulang ke negara masing-masing.

Bagaimanapun, mereka tidak kelihatan bersama kumpulan sukarelawan GSF yang sepatutnya semasa pemindahan dari Penjara Ketziot Israel. Keberadaan mereka telah menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by CAGE International (@cageinternational)

Menurut sumber, Yvonne Ridley telah ditahan di Penjara Ketziot kerana mogok lapar dan menafikan pengambilan ubatnya. Difahamkan, Yvonne bertindak sebegitu selepas pengawal penjara Israel telah merampas ubatnya dan memberikan ubat gantian di mana dia enggan mengambilnya.

Manakala maklumat mengenai keadaan semasa Tadhg Hickey pula tidak dapat diketahui dengan lanjut.

View this post on Instagram

A post shared by Yvonne Ridley (@yvonneridley)

Sekadar info, Yvonne Ridley pernah menjadi tawanan kumpulan Taliban di Afghanistan dan ditahan selepas 11 hari semasa peristiwa serangan 9/11. Selepas menyedari bahawa gambaran Taliban sebagai pengganas itu tidak benar, Yvonne dengan relanya memeluk agama Islam selepas dua tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Tadhg Hickey (@tadhghickeycml)

Tadhg Hickey pula ialah pelawak berasal dari Ireland yang popular dengan video satiranya yang mencabar media Barat dan mempertahankan hak rakyat Palestin.

Semoga misteri kehilangan Yvonne Ridley dan Tadhg Hickey terungkai dengan segera!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
global sumud flotillagreta thunbergisraeltadhg hickeyyvonne ridley
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara