• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Sertai Aishwarya Rai & Rajinikanth, Hrithik Roshan Nekad Jadi Penderma Mata

by Nurul A.
October 9, 2025
Foto - @hrithikroshan (IG)

Foto - @hrithikroshan (IG)

Share on Facebook

Ketika sambutan hari jadi ke-43, pelakon Hrithik Roshan telah nekad untuk mendermakan matanya selepas meninggal dunia. Keputusan ini dibuat selepas Hrithik memainkan watak lelaki buta dalam filem ‘Kaabil’.

Menerusi filem ‘Kaabil’ terbitan bapanya, Rakesh Roshan, Hrithik telah memegang watak seorang lelaki buta yang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang wataknya itu, Hrithik telah berinteraksi dan bergaul dengan individu yang cacat penglihatan.

View this post on Instagram

A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

Melalui proses itu, Hrithik mengakui dia berasa terharu dan mula memahami perjuangan mereka (individu yang menghidapi cacat penglihatan) dengan lebih mendalam. Situasi ini membuatkan Hrithik berjanji untuk mendermakan matanya.

View this post on Instagram

A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

Pakar oftalmologi terkenal, Dr. S. Natarajan dari Hospital Mata Aditya Jyot di Mumbai, India berkata bahawa Hrithik telah menghubungi hospitalnya secara langsung untuk menyokong kempen derma mata.

“Saya melihat treler ‘Kaabil’ dan saya menelefon Rakesh Roshan dan bertanya sama ada Hrithik mahu melakukannya. Saya terkejut apabil Rakesh memberitahu dia (Hrithik) telah merancang untuk berbuat demikian dan benar-benar serius dengan keputusannya.”

View this post on Instagram

A post shared by Hrithik Roshan (@hrithikroshan)

Menariknya, Hrithik tidak mendedahkan berita itu kerana tidak mahu ia muncul sebagai gimik untuk mempromosikan filem ‘Kaabil’. Menurutnya, keputusannya untuk mendermakan matanya adalah ekspresi keprihatinan terhadap orang lain dan bukannya muslihat pemasaran. Hrithik mahu orang ramai memahami kepentingan sumbangan ini kepada orang cacat penglihatan.

“Walaupun Hrithik menandatangani ikrar ini pada hari lahirnya, dia meminta kami untuk tidak menghebahkan perkara ini kerana dia tidak mahu membuat ini tentang mempromosikan ‘Kaabil’. Memandangkan ‘Kaabil’ telah mencapai kejayaan besar, kami ingin menggunakan berita ini untuk menggalakkan orang ramai untuk berikrar dan berkongsi cahaya serta mengikuti teladan Hrithik.”

Untuk makluman semua, Terdahulu, pelakon seperti Aishwarya Rai, Rajinikath, Amitabh-Jaya Bachchan, Suniel Shetty, Madhavan, Rani Mukerji, Sonakshi SInha dan Hema Malini sudah berjanji untuk mendermakan mata mereka selepas meninggal dunia.

Hrithik Roshanrakesh roshan
https://lomp.at/grxwt
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Nubhan Dikecam Netizen Isu Barang Milik Dr Fie Dicampak Keluar Dari Rumah!

by Naddy Joe
December 30, 2025

Nama penyanyi, Nubhan menjadi bualan netizen selepas didakwa bertindak kejam terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan mencampak keluar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore