Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Lebih Pada Tau” – Sharnaaz Ahmad Akui Tahu Perkara Sebenar Antara Ebit Lew & Caprice

Sharnaaz berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak

by Khai Azfar
July 22, 2021
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Kemelut di antara pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan Caprice terus berpanjangan apabila pada petang Rabu, Ebit memaklumkan satu laporan polis telah dibuat terhadap penyanyi rap itu dan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.

Ebit Dakwa Difitnah 

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Laporan tersebut berikutan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew,37 susulan difitnah dalam beberapa isu yang tular kebelakangan ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu balas dari awal saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan, hari ini saya pergi ke balai untuk membuat laporan polis kerana perkara ini sangat mengganggu dan menyedihkan.

“Saya kecewa tentang perkara ini, saya menafikan semua tuduhan yang dibuat dan ia adalah fitnah semata-mata, Wallahi..tiada semua sekali, ia adalah fitnah,” katanya kepada media usai membuat laporan polis.

Sharnaaz Akui Tahu Perkara Sebenar

Dalam pada itu, pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi berharap agar perselisihan faham melibatkan ketiga-tiga individu tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan kadar segera. Biarpun begitu, menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Sharnaaz berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak. Namun, kerana imej agama dia perlu tampil menegur mereka yang terlibat sebagai tanda peringatan.

“Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, caprice pun tak.. ada aib yg kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas. Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk malaysia dan umat Islam..” tulis Sharnaaz

Tambahnya lagi, dia akui tahu akan kisah sebenar di sebalik perselisihan faham tersebut namun enggan mendedahkannya kerana perlu menjaga sensitiviti banyak pihak.

“Kata aku tak tau cerita pandai pandai hentam? Sahabat.. aku tau, dan lebih pada tau.. cuma aku mintak Allah pelihara Aib ini, demi agama dan malaysia.. enuf said, aku stop cakap pasal benda ni.. bincanglah elok elok .. dua dua ikon.. act like one. Thank you and goodnite” kongsinya

Terdahulu, Sharnaaz turut menasihati agar mereka bertiga dapat duduk, berkomunikasi, memaafkan sesama sendiri dan bergerak kehadapan bersama demi agama serta negara.

Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian
capriceEbit Lewsharnaaz ahmadUstaz Ebit Lew
https://lomp.at/p8fkd
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara