Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Shila Amzah Kongsi Pengalaman Menarik Saat Rakam Video Muzik Rasmi “Tiada Dirimu”

by Phic ARMAN
June 11, 2019
Share on Facebook

Baru dimuatnaik ke YouTube hari Jumaat lalu, video muzik rasmi “Tiada Dirimu”, single Melayu terbaru daripada Shila Amzah sudah pun mencecah 400,000 tontonan dan menjadi Top 20 trending di YouTube!

Selepas lebih 6 tahun, penyanyi Malaysia yang diberi gelaran ‘Asia’s Sweetheart’ selepas menempa nama di negara Cina, Hong Kong dan Taiwan kembali dengan single Melayu terbaru yang lama dinanti-nantikan peminat. Kali terakhir Shila muncul dengan single Melayu pada tahun 2013 menerusi lagu “Masih Aku Cinta”.

https://www.instagram.com/p/ByUE_IajtLy/

Selain lagu tersebut, Shila popular dengan lagu-lagu hit, “Patah Seribu” dan “Beribu Sesalan” yang menggandingkan beliau bersama penyanyi-penyanyi hebat, Jaclyn Victor dan Ning Baizura.

Single terbaru, “Tiada Dirimu” merupakan ciptaan gandingan finalis AJL 33, komposer Farouk Roman dan penulis lirik, Amylea. Farouk Roman dan Rudy Nastia turut bertindak sebagai Penerbit lagu ini.

Menariknya, lagu terbaru nyanyian Shila atau nama sebenarnya NurShahila Amir Amzah itu terpilih menjadi lagu tema utama drama rantaian ‘Cari Aku Di Syurga’ lakonan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana yang bersiaran dalam bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Bagi Shila yang kini hamil anak sulungnya, merakamkan lagu terbaru ini memberikan pengalaman baru buatnya.

“Ini pengalaman yang sangat menarik sebab saya boleh rasa bayi dalam perut bergerak. Dalam masa sama, ia agak mencabar juga kerana pada hari saya merakamkan lagu ini jadual kerja begitu padat.

“Setelah habis kerja siang hari, saya terpaksa makan malam dalam kereta dan lari ke studio untuk menjalani proses rakaman. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Selain itu, Shila mengakui sudah lama mengikuti perkembangan Farouk dan Amylea yang disifatkannya berbakat dan saling melengkapi dalam bidang penciptaan lagu.

“Saya memang sudah lama mencari lagu yang sesuai daripada komposer lain, cuma tak dapat jumpa keserasian. Apabila dapat bekerjasama bersama Farouk, Amylea dan Penerbit bersama, Rudy saya rasa sangat senang dan selesa dengan mereka.

https://www.instagram.com/p/ByHnZy3DrID/

“Kalau nak tahu saya sudah lama mengikuti perkembangan Farouk dan Amylea kerana mereka berdua memang sungguh berbakat dan saling melengkapi. Alhamdulillah, dapat juga rezeki bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Shila juga berkongsi, dirinya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana komposer sama ada yang baru atau lama.

“Dari dulu saya sentiasa terbuka dan membuka peluang kepada semua komposer sama ada yang baru atau lama. Pendek kata kena mengikut kesesuaian suara saya,” katanya.

“Harapan saya agar dapat mengubati rindu peminat. Paling penting lagu ini boleh diterima oleh semua pencinta dan pendengar muzik tanah air,” katanya.

Lagu “Tiada Dirimu” terbitan dan edaran syarikat rakaman Seventeen Eleven Music kini boleh didengari di semua pelantar muzik Digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KK Box, Deezer dan iTunes.

https://lomp.at/s4msg
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara