Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Shukri Yahaya Tenang Isteri Dikecam, Anggap Hanya 10 Peratus Pertikai Pakaian Sukan Muslimah

by Puteri Alia
September 29, 2025
Share on Facebook

Pelakon popular, Shukri Yahaya memilih untuk tidak melayan kutukan segelintir netizen yang mempertikai pakaian sukan Muslimah rekaan isterinya, Tya Adnan. Baginya, isu yang ditimbulkan hanyalah datang daripada kelompok kecil dan tidak wajar diperbesarkan kerana sokongan yang diterima jauh lebih besar berbanding kritikan.

Menurut Shukri, berdasarkan pemerhatiannya hanya sekitar 10 peratus sahaja yang memberi komen negatif, manakala majoriti lain memberi sokongan penuh terhadap usaha isterinya memasarkan persalinan patuh syariah untuk wanita Muslimah yang ingin beriadah. Malah, dia sendiri tidak terbeban dengan kecaman tersebut kerana yakin setiap perkara baharu pasti mengundang pandangan berbeza.

Katanya, Tya sendiri tidak pernah mengadu atau mengambil pusing mengenai kritikan itu kerana yakin dengan visinya untuk membantu wanita Muslimah tampil sopan ketika bersukan. “Saya tahu perkara sama pernah diperdebatkan beberapa bulan lalu ketika isteri saya mula berkongsi tentang pakaian sukan ini. Sejujurnya saya tak baca pun kecaman sebab lebih ramai orang yang sokong berbanding yang mengutuk. Dia pun tak kisah kerana yang berbunyi itu hanya kelompok kecil,” ujarnya ketika ditemui pada tayangan akhir drama bersiri Rumah Tanpa Luka baru-baru ini.

Shukri turut berkongsi rasa bangga apabila Tya tampil dengan produk yang mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan. Sebagai suami, dia menjadi penyokong utama dengan memberikan semangat agar isterinya terus melangkah ke depan tanpa rasa goyah menghadapi kritikan. “Apabila dia keluarkan produk yang sesuai untuk Muslimah, saya pun terkejut, apatah lagi sambutannya sangat baik. Jadi saya sentiasa beri dorongan supaya dia terus maju dan buat penambahbaikan,” katanya.

Terdahulu, pakaian sukan Muslimah yang dijual Tya pernah mencetuskan perdebatan di media sosial apabila ada yang bimbang rekaan labuh berpotensi menyebabkan pemakai mudah tersadung atau terjatuh. Namun, kritikan itu tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi ruang untuk terus memperbaiki produk agar lebih praktikal tanpa mengabaikan tuntutan syariat.

Shukri Yahaya Sifatkan Fadlan ‘Rare’, Minta Terus Kuat Dan Hormati Keputusannya
shukri yahaya
https://lomp.at/2dc8p
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Foto - @nabil_ahhhhh (Threads)
Indonesia

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?

by Nurul A.
January 5, 2026

Nampaknya nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol tidak akan berhenti menjadi perbualan hangat pengguna media sosial dalam masa terdekat. Ini kerana...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore