Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026
280
KONGSIAN
Share on Facebook

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman Threads. Tanpa berselindung, Alqar membuka pekung di dada mengakui pernah diliwat ketika masih kecil oleh individu dalam keluarganya sendiri, malah dikatakan turut mempunyai pengaruh dalam industri seni.

Mengaku Trauma Sejak Kanak-Kanak

Tinjauan MURAI di Threads milik Alqar, kejadian itu berlaku sewaktu dia menumpang di rumah ibu saudaranya yang dipanggil Mak Uda yang juga merupakan ibu kepada pelakon Bell Ngasri. MURAI difaham, Alqar mengaku sepupu lelakinya sering mengambil kesempatan terhadap pelakon kanak-kanak lain yang berada di rumah tersebut.

Alqar Sahar pernah membintangi drama bersiri popular Diari Ramadan Rafique

Walaupun tidak menyebut nama secara jelas, bayangannya cukup berat dan meninggalkan tanda tanya besar dalam kalangan netizen.

“Aku Luahkan Ini… Sebab Tak Nak Pelakon Kanak-Kanak Zaman Sekarang Hadap Benda Jijik Ini”

Namun Alqar tidak menidakkan nama individu itu dengan initial I M. Siapakah?

Dalam tulisannya, Alqar meluahkan rasa perit yang dipendam selama bertahun-tahun. Menurutnya, dia terpaksa menelan semua trauma demi faktor kewangan dan ikatan keluarga ketika itu.

Antara luahan paling meruntun hati:

“Aku luahkan ini sebab aku tak nak pelakon kanak-kanak zaman sekarang lalui benda jijik yang pernah aku hadap dulu… dulu aku terpaksa hadap demi kewangan… tapi sampai bila aku nak pendam?”

Dia turut menyifatkan pelaku sebagai “binatang bertopengkan manusia” yang sentiasa mencari mangsa baharu.

Seruan Untuk Kesedaran

Alqar turut berharap agar pendedahan ini menjadi viral agar seluruh Malaysia membuka mata mengenai sisi gelap dunia pelakon kanak-kanak yang kadang-kadang terlalu naif, terlalu bersemangat mengejar peluang, namun akhirnya menjadi mangsa manusia tidak berhati perut.

“Aku ni sedara dengan dia pun sanggup… apatah lagi orang lain.”

Kenyataan itu membuatkan MURAI dan ramai netizen sebak, marah, dan pada masa sama memujinya kerana berani ke depan setelah sekian lama memendam. Ruangan komen menjadi medan sokongan moral buat Alqar. Ramai yang tampil memberi kata-kata semangat agar dia terus kuat, selain menyeru agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan serius ini. Ada juga yang berharap lebih banyak pelakon cilik atau bekas artis kecil tampil jika pernah mengalami perkara sama.

Nama Pengarah Muda Ini Disebut Liwat Sepupu Sendiri, Alqar Balas- “Jijik Nama Binatang Ini..”

Alqar Sahardiari ramadan rafique
https://lomp.at/qd9s8
Share112Tweet70SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Rumah Lelong Di Semenyih Ini Dikaitkan Dengan Filem Seram ‘Ju On’. Kenapa?

by Phic ARMAN
February 6, 2026

MURAI terdiam seketika membaca satu perkongsian yang tular di Threads. Bukan kerana harga rumah yang menjunam drastik, tetapi kerana kisah...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

by Naja Nix
February 25, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sekitar...

Read moreDetails
via Reddit /@snbcyjubuh
Sosial Buzz

Terima Produk Tidak Seperti Dipamer, Pengguna Kecewa Sikap Penjual Dalam Talian

by Naja Nix
December 29, 2025

Kepercayaan Dibalas Dengan Kekecewaan Isu ketelusan penjual dalam talian sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman menerima produk...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
Automotif

Wakaf Kereta EV Untuk Madrasah, Ini 5 Kisah Inspirasi Tentang WAWO, Pengasas Go Auto

by Phic ARMAN
December 27, 2025

SosialBuzz kali ini membawa kisah inspirasi kepada pembaca MURAI tentang seorang usahawan yang memilih untuk berjaya dengan cara tersendiri. Di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore