Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

‘Jangan Suka-suka Fitnah!’- Raja Mazian Pertahankan Cicit Keturunan Rasulullah Yang Dituduh Scammer

by Phic ARMAN
October 10, 2022
Share on Facebook

Bekas personaliti TV3, YM Hajah Raja Mazian Raja Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Raja Mazian telah tampil meluahkan rasa kekecewaannya di laman Tiktok @k.yan_hiraq.

Raja Mazian yang merupakan ketua penganjur Maulid, terkilan apabila Maulid Agung Al Mustafa bersama Mawla Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang didakwa sebagai keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, diarahkan batal oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Difahamkam JAIS tidak membenarkan ceramah atau program Maulidur Rasul yang dihadiri oleh individu terbabit.

“Kenapa Maulid Agung Al Mustafa bersama Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani diarahkan BATAL”- tulisnya di ruangan kapsyen

Dunia Di Akhir Zaman

VIA Mingguan Wanita

Raja Mazian turut meluahkan rasa kecewanya apabila sesetengah individu yang melabelkan dan menfitnah Habib Maula sebagai scammer.

” Kalau betul Habib Mawla seorang scammer, cuba tunjukkan laporan polis. Laporan polis di Malaysia tiada, di Magribi tiada, di mana-mana pun tiada jika beliau seorang scammer. Itu adalah suatu fitnah”

Tambah Raja Mazian lagi, dia sendiri pernah bersama Mawla masuk ke majlis-majlis diraja di Maghribi.

“Begitu juga dengan salasilahnya, kami dah lama dengar salasilahnya, lama dah tengok dengan cop-cop dari Istana Maghribi. Di Maghribi, kami sampai masuk ke majlis diraja bersama beliau. Jadi kalau tak kenal, tak tahu tentang beliau, jangan suka-suka fitnah ya. Sekarang ini dah akhir zaman ya, fitnah dah menjadi kebiasaan, nak ke kita masuk dalam golongan menftinah”- tegasnya dalam video yang dimuatnaik dalam TikTok.

https://www.tiktok.com/@k.yan_hiraq/video/7152003373586222363?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=raja%20mazian&t=1665377102040

Bagaimanapun, difahamkan program individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan sehingga menyebabkan ia terpaksa dibatalkan.

Malah, nasab keturunan individu berkenaan turun mendapat tentangan daripada beberapa pihak memandangkan terdapat kekeliruan.

MawlaMawla Muhammad Amin Al Idrisi Al HasaniRaja Mazian
https://lomp.at/9ywgt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara