Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Sibuk Kejar Impian, Imran Aqil Dihujat Netizen- “Imagine Kalau Wife Yang Buat Macam Tu”

by Nurul A.
October 2, 2025
Foto - @ijeebster (IG)

Foto - @ijeebster (IG)

Share on Facebook

Hantaran terbaru pengacara dan pempengaruh, Imran Aqil di media sosial baru-baru ini telah menuai kecaman orang ramai. Imran menerusi hantarannya itu telah mendedahkan bahawa usaha untuk menyertai Ironman 70.3 bukanlah satu perjalanan yang mudah.

Jika ada yang tidak tahu, Ironman adalah perlumbaan triatlon jarak jauh yang mencabar, melibatkan berenang sejauh .85 km, kayuhan basikal sejauh 180.26km dan larian maraton sejauh 42.2km.

Imran atau nama penuhnya, Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin mendedahkan bahawa perjalanan untuk menyertai Ironman 70.3 itu tidak mudah kerana dia perlu membahagikan masa antara keluarga, latihan dan juga kerjaya.

@imjeebster

jujur, perjalanan ini bukan mudah. bahagikan masa antara training, kerja, dan keluarga… sangat susah. aku jujur, aku selfish bila register IRONMAN 70.3 tanpa bagitahu Dahlia. gaduh besar pernah berlaku hanya kerana kegagalan aku mengurus masa dengan baik. pressure is real. bila training tak cukup, aku risau tak mampu habiskan IRONMAN 70.3 dengan baik. dalam masa yang sama, aku sedar aku makin kurang luangkan masa dengan keluarga. anak sulung kami baru berusia 4 bulan, dahlia pula masih dalam fasa pemulihan selepas pantang. saat dia perlukan sokongan suami, aku pula sibuk kejar impian. kalau nak jujur memang wrong timing. tapi Allah hadirkan jalan. dengan komunikasi yang ikhlas, dengan keluarga dan mentua yang sanggup hulurkan tangan jaga Yusra, aku perlahan lahan dapat ruang untuk training. dan paling besar, sokongan Dahlia. Terima kasih sayang @Dahlia Rizal kerana tetap ada, tetap memahami, tetap jaga Yusra dengan penuh kasih sayang, walaupun i kadang hilang dalam kerja dan training. i love you. moga Allah angkat darjat u, kerana jadi isteri yang sabar, kuat, dan luar biasa. IRONMAN 70.3 adalah salah satu impian terbesar aku. Doakan semoga aku dapat habiskan dengan cemerlang.

♬ suara asli – 𝙒𝙝𝙖𝙩_𝙝𝙖𝙥𝙥𝙚𝙣 – 𝙒𝙝𝙖𝙩_𝙝𝙖𝙥𝙥𝙚𝙣

“Aku jujur, aku selfish bila register Ironman 70.3 tanpa bagitahu Dahlia. Gaduh besar pernah berlaku kerana kegagalan aku mengurus masa dengan baik.

Pressure is real, bila training tak cukup, aku risau tak mampu habiskan Ironman 70.3 dengan baik. Dalam masa yang sama, aku sedar aku makin kurang luangkan masa dengan keluarga. Anak sulung kami baru berusia 4 bulan, Dahlia pula masih dalam fasa pemulihan selepas pantang, saat dia perlukan suami, aku pula sibuk kejar impian.”

Walaupun penyertaan Ironman 70.3 itu dianggap “wrong timing”, Imran meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila keluarga membantu serta isterinya, Dahlia Rizal menyokongnya.

View this post on Instagram

A post shared by 𝐈 𝐌 𝐑 𝐀 𝐍 𝐀 𝐐 𝐈 𝐋 (@ijeebster)

Namun melihat hantaran Imran itu, warganet telah memberikan pelbagai reaksi di bahagian komen. Ada yang mengecam tindakan Imran, dan menganggap pempengaruh itu seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mahu mengejar impian tanpa memikirkan keluarga.

“Untungnya jadi laki. Dah kawin pun boleh ligan impian sendiri. Yang perempuan ni, betul-betul terikat dengan tanggungjawab. Seolah-olah porang perempuan ni memang tak layak untuk ada impian sendiri. Betul-betul kena jaga suami dan anak.”

“Terbukti bahawa perempuan akan ketepikan impiannya untuk keluarga. Sedang suami akan ketepikan keluarga untuk impiannya. Sampai sanggup membelakangkan ya.”

“Dia sedar je dia selfish tapi dia masih buat hahaha.”

“Imagine kalau wife pulak yang buat macam tu. Cakap je (generally).”

“Gila punya selfish. Sampai gaduh besar pun takleh nak cancel lagi dia punya ironman tu. Orang lain kawin dia pun nak kawin. Tapi nak korbankan impian demi isteri dan anak pun tak boleh. Isteri pulak nak kena berkorban jaga anak lebih masa. Dahla dulu pun dia pregnant ke sana ke sini bawak perut sorang, anak dah keluar pun masih kena jaga lebih masa.”

Untuk pengetahuan semua, Ironman 70.3 dijadualkan akan berlangsung pada 8 November 2025 sehingga 9 November 2025.

Imran Aqil & Dahlia Rizal Timang Anak Perempuan
Dahlia Rizalimran aqilIronmanironman 70.3
https://lomp.at/v2qzu
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @puterisarahliyana (IG) / @drfietawfek (IG)
Lokal

Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

by Nurul A.
December 31, 2025

Kemelut rumah tangga doktor pergigian, Dr. Fie Tawfek dan penyanyi Nubhan terus menjadi tumpuan ramai. Kali ini, pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Lokal

Nabila Razali Terkilan, Vokal Dikaitkan Dengan Hal Peribadi

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi, Nabila Razali berkongsi rasa kesal terhadap tindakan sesetengah netizen yang mengaitkan mutu kualiti nyanyian dengan kisah kehidupan peribadi seseorang...

Read moreDetails
Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore