Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Siti Nurhaliza Menangis! 5 Yang Menarik Di Konsert Mini Shopee X SimplySiti

by Khai Azfar
September 17, 2019
Share on Facebook

Pada 14 September baru-baru ini telah berlangsungnya konsert mini Shopee X SimplySiti. Gabungan dua jenama besar itu memperlihatkan peminat penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi berkumpul bagi menyaksikan penyanyi itu membuat persembahan lagu-lagu popularnya yang berdurasi selama hampir dua jam.

5 Yang Menarik Di Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Terdapat beberapa singkapan dan info menarik sepanjang konsert ini telah berlangsung. Buat anda yang terlepas, suka untuk kami gambarkan bahawa konsert mini Siti ini seperti kesinambungan dari kejayaan konsert Siti Nurhaliza On Tour pada Mac lalu.

Manakan tidak, di dalam konsert mini kebanyakan lagu yang didendangkan oleh Siti bukanlah dipersembahkan dalam konsert yang lalu. Untuk itu, kami bawakan beberapa singkapan menarik di konsert mini Shopee X SimplySiti.

SimplySiti Lancar Produk Baharu

Sebelum bermulanya konsert mini itu, SimplySiti terlebih dahulu melancarkan produk baharu mereka yang berasaskan minuman kesihatan Beautessence, BeauSiti. Buat anda yang berminat,produk ini bakal dijual secara eksklusif di platform Shopee bermula 14 September.

Lebih 1,500 Peminat Banjiri KLCC

Buat julung kali diadakan, Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi kepada lebih dari 1,500 peminat Siti yang datang dari pelbagai pelusuk tempat bagi menyaksikan sendiri konsert ini berlangsung. Terdahulu, peminat telah mendapatkan tiket-tiket yang dijual secara rasmi di platform Shopee yang berharga RM450 bagi tiket Diamond dan Gold berharga RM350 yang mana kesemuanya telah habis terjual.

Terlantar Koma Di Australia, Lelaki Ini Respons Selepas Dengar 'Voice Note' Siti Nurhaliza

Siti Nyanyi Kasihku Selamanya Buat Kali Pertama Secara Langsung

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Dalam konsert mini ini, sebanyak 10 buah lagu telah didendangkan oleh Siti termasuklah sebuah lagu barunya yang berjudul Kasihku Selamanya.Sebagai rekod, Siti telah menyanyikan secara langsung lagu yang juga OST kepada filem Dendam Pontianak ini buat pertama kali di hadapan peminat.

Senarai lagu konsert mini Shopee X Simply Siti

  1. Medley – Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih
  2. Medley – Satu Cinta Dua Jiwa dan Langkah Di Persada
  3. Disini Ku Berjanji
  4. Medley – Ku Mahu dan Pendirianku
  5. Ku Menunggu
  6. Biarlah Rahsia
  7. Warna Dunia
  8. Kisahku Inginkan
  9. Anta Permana
  10. Kasihku Selamanya

Siti Gagal Menahan Perasaan Sebak 

Siti yang memulakan konsert dengan lagu Jerat Percintaan dilihat gagal menahan air mata nya kerana begitu sebak mengenangkan awal pembabitannya dalam dunia hiburan.

“Saya tak dapat menahan air mata ketika menyanyikan lagu itu, tambahan pula ada seorang gadis memakai baju sekolah yang menjadi ‘pendua’ saya di atas pentas, saya terus teringat zaman remaja saya. Saya terbayangkan segala susah senang ketika itu, terkenangkan pengorbanan emak dan arwah abah. Sebab itulah ada bahagian yang saya tak lepas untuk menyanyi  kerana sedih,”

Aafiyah Menjerit Ketika Siti Sedang Membuat Persembahan 

https://twitter.com/hangatmalaysia/status/1173821794676953088?s=19

Ketika Siti sedang mendedikasikan ucapannya buat peminat, kedengaran suara anak kesayangannya, Siti Aafiyah yang secara tiba-tiba menjerit memanggilnya sekaligus membuatkan ribuan peminat terhibur dengan keletahnya.

” Ya Aafiyah.. Ibu janji yang lepas ibu menyanyi ini, ibu ‘bayar habis’. Sabar ya Aafiyah..Ibu nak kerja sekejap..”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Seri Siti Nurhalizakonsert siti nurhalizasimply sitisiti nurhaliza menangis
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara