Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Siti Nurhaliza Ungguli Carta! Rakyat M’sia Tak Kagumi Selebriti Lelaki

by Phic ARMAN
April 14, 2018
Share on Facebook

Selepas melihat perkongsian dari CEO AirAsia, Tony Fernandes di Instagram, kami di murai.my tertarik untuk melihat kajian menyeluruh senarai yang dibuat oleh firma penyelidikan pasaran dan analisis data yang berpangkalan di Britain, YouGov. Kajian yang dibuat menyaksikan senarai individu paling dikagumi di Malaysia. Jom lihat, apa yang mereka berjaya simpulkan.

Siti Nurhaliza Di Kedudukan Teratas

Bagi senarai wanita yang paling dikagumi di Malaysia, tertera nama penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus. Berita gembira ini turut dikongsikan oleh Siti di akaun Instagramnya.

Sementara isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Ali mendapat tempat kedua dengan 10.1 peratus markah.

Neelofa Tetap Jadi Pilihan

Selain itu, selebriti lain yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk dijadikan wanita paling dikagumi ialah Noor Neelofa Mohd Noor. Walaupun dirinya hebat dikecam kerana kontroversi kelab malam Zouk namun dia telah mengumpul markah kekaguman sebanyak 14.1 peratus meletakkan dirinya dalam kedudukan ke-3 dari senarai itu.

Kami di murai.my harus memberi pujian pada Nur Fazura Sharifuddin, Tan Sri  Michelle Yeoh dan Vivy Yusof kerana mereka juga tidak terkecuali dalam senarai itu.

Selebriti Lelaki Malaysia Tiada Dalam Senarai

Fattah Amin ? Ataupun Hans Isaac ? Bagaimana? Malangnya, tiada kaum lelaki dikalangan selebriti Malaysia tersenarai dalam individu yang dikagumi. Ini menunjukkan kaum wanita di Malaysia lebih ramai memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Setuju tak?

View this post on Instagram

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Walaubagaimanapun, jika bukan selebriti, kategori lelaki yang tersenarai adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tony Fernandes. Selayaknya beliau dikagumi kerana pencapaiannnya dalam menerajui syarikat penerbangan antara terbaik di dunia.

Kajian dari Ahli Panel Dari 35 Negara

Menurut YouGov, firma itu mengumpulkan pencalonan terbuka oleh ahli panel dari 35 negara, meminta mereka menamakan lelaki atau wanita yang masih hidup untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

YouGov menyusun senarai 20 lelaki dan 20 wanita yang mendapat pencalonan paling banyak serta dicalonkan sekurang-kurangnya empat negara. Kemudiannya, firma itu menambah 10 tokoh tempatan yang popular bagi senarai negara masing-masing.

Sumber YouGov

[VIDEO] Aksi Mencuit Hati Afwa Jadi 'Bob The Builder'-"Comelnya Tukang Baiki Ni"
fattah aminhans isaackagum neelofaMichelle Yeohneelofasiti hasmah dikagumisiti nurhalizatun mahathirvivy yusofyougovyougov malaysia
https://lomp.at/lroqd
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem