Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Siti Saleha Ucap Selamat Tinggal Pada Mia Adriana, Peminat Tinggalkan Ucapan Menyentuh Hati

Siti Saleha dedah watak Mia Adriana sentiasa mendapat tempat yang istimewa dalam hatinya

by Puteri Alia
May 23, 2022
via Instagram Siti Saleha

via Instagram Siti Saleha

Share on Facebook

Pelakon berbakat terkenal, Siti Saleha mengucapkan selamat tinggal pada Mia Adriana setelah tiga musim membawa watak utama itu bagi drama bersiri popular kegemaran ramai, 7 Hari Mencintaiku dalam muat naik terkininya di Instagram.

Watak Istimewa Bagi Saleha

Saleha yang merupakan antara tunjang utama drama bersiri popular tersebut, menitipkan ucapan tersebut dalam penulisan ringkas di media sosial. Menurut aktres jelita ini, watak Mia Adriana sentiasa mendapat tempat yang istimewa dalam hatinya.

Dalam pada itu, Saleha juga menitipkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sangat menyanyangi watak Mia sehingga akhir cerita. Pelakon ini juga mendedahkan bakal bertemu dengan penonton dalam projek yang lain di masa akan datang.

via Instagram Siti Saleha

“Mia Adriana sentiasa mendapat tempat yang istimewa dalam hati saya. Terima kasih semua kerana menyayangi dia (watak Mia) seperti mana saya menyayanginya. Sekarang, Mia berundur diri. Jumpa dalam projek lain Insyaallah.” Tulisnya

Peminat Komen Akan Merindui Watak Mia

Hantaran yang dikongsikan pelakon berbakat ini di media sosialnya, mendapat respon dan komen dari penonton setiasa drama popular tersebut.

Rata-rata orang ramai memberi komen akan merindui watak Mia, selain itu ada juga yang mengatakan tidak sabar menanti buah tangan Saleha yang seterusnya.

“Terima kasih untuk persembahan terbaik anda sebagai Mia Adriana”

“Rindu Mia lah”

“Mia Adriana sentiasa dalam hati saya” komen mereka

via Instagram Siti Saleha

“Tak sabar tunggu projek seterus anda”

“Mia Adriana sentiasa nombor 1. Tak sabar tunggu projek seterusnya.. Terima kasih sudi menghiburkan kami dengan perangai Mia dari musim 1, 2, dan 3.”

“Selamanya Mia Adriana” titip peminat

Memang hebat lakonan Siti Saleha sebagai Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku musim ke-3 ini. Walaupun tirai drama baru saja dilabuhkan, namun ramai peminat pelakon jelita ini tidak sabar menanti projek terbaru darinya.

[VIDEO] Siti Saleha Tayang 'Baby Bump, Curi Perhatian Netizen!-"Vibe Mia Adriana.."
YouTube video
7 Hari Mencintaiku 3Mia AdrianaSiti saleha
https://lomp.at/ybu91
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

by Naddy Joe
April 29, 2026

Hantaran pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mencuri perhatian netizen selepas 'mengusik' pelakon jelita, Fazura di media sosial, baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Spotlight

Pernah Lalui Situasi Sama, Aufahanie Titip Kata-Kata Buat Julia,- ‘Awak Sangat Kuat Sayang’

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Penyanyi muda Malaysia, Nur Aufahanie Mokhtar atau lebih mesra disapa Aufahanie, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tampil memberikan kata-kata...

Read moreDetails
Spotlight

Misha Omar Tak ‘Koyak’ Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak ‘Famous’

by Phic ARMAN
April 5, 2026

Alahai… dunia artis ni memang penuh warna, ada manis, ada juga yang boleh buat hati terus “crack”! Itu yang dilalui...

Read moreDetails
Spotlight

Shila Amzah Akui Panik, Tak Sambut Raya Di Malaysia Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 19, 2026

Penyanyi  Shila Amzah, sekali lagi mencuri perhatian peminat, kali ini bukan sebab lagu, tapi kisah raya yang lain daripada biasa!...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara