Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Galaxy Tab A8, Ini Sebabnya Kenapa Tablet Ini Pilihan Terbaik Untuk PDPR

by Phic ARMAN
February 16, 2022
Share on Facebook

Tidak banyak kejutan besar dari Galaxy Tab A8 yang diharapkan oleh penggemar Samsung. Tetapi ia mungkin menjadi peranti terbaik bagi yang pertama kali memilikinya.  Pada harga RM999, Galaxy Tab A8 sebenarnya boleh di katakan agak murah untuk tablet Android yang berkualiti.

Galaxy Tab A8 boleh dijadikan pilihan terbaik, terutamanya untuk kanak-kanak atau pelajar yang menjalani Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).  Inilah ulasan saya tentang Galaxy Tab A8.

Di Dalam Kotak

Isi kotak penjualan Samsung Galaxy Tab A8  boleh dikatakan lengkap. Saat dibuka, hal pertama yang terlihat adalah kotak berisi buku panduan serta satu unit tabketnya. Di bahagian dalam, terdapat kabel data USB type C, kepala charger, dan buku panduan.

Untuk memastikan tablet ini terus dilindungi saat keluar dari kotaknya, Samsung mengenakan sarung fabrik.

Samsung Galaxy Tab A8: Reka bentuk

Tab A8 menggunakan mempunyai skrin 10.5 inci dengan saiz bezel yang boleh diterima, tepi rata, model kamera bulat di bahagian belakang dan kamera hadapan 8 megapiksel yang ditetapkan apabila tablet dipegang dalam mod landskap.

Berukuran 6.9mm dan berat kira-kira 509 gram, tablet ini sangat ringan dan boleh dimuatkan dalam hampir mana-mana beg.

Kerangka diperbuat daripada aluminium dan anda boleh memilih warna kesukaan anda iaitu warna pink gold atau dark gray. Tablet ini bersaiz sempurna, cukup baik sehingga anda boleh memegangnya dengan satu tangan dan membaca e-Buku pada aplikasi selama berjam-jam tanpa rasa terganggu.

Butang kuasa diletakkan dengan mudah di sebelah kanan tablet, tepat di atas butang volume. Tab A8 tidak mempunyai sebarang jenis biometrik atau pengimbas cap jari, tetapi ia tidaklah menjadi isu yang besar jika ia digunakan untuk tujuan pembelajaran anak-anak.

[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

Model asas hanya mempunyai storan 32GB, tetapi ia menyokong pengembangan storan kad microSD. Terdapat bicu fon kepala  di sudut bulat tablet. Akhir sekali, anda akan melihat satu port USB-C untuk pengecasan dan data pada bahagian bawah tablet.

Skrin dan pembesar suara

Bahagian hadapan tablet dikuasai oleh LCD TFT 10.5 inci, 1920 x 1200 px yang terang dan sesuai untuk digunakan di dalam rumah. Saya menonton Muzik Video di laman Youtube pada paparan 10.5-inci Tab A8, di mana ia kelihatan hebat dengan warna-warna terang. Sudah cukup baik, pada range harga ini, sukar menjangkakan lebih lagi dari tablet ini.

Prestasi dan bateri

Galaxy Tab A8 sememangnya sesuai jika anda mahu untuk berhibur menonton video kegemaran, melakukan sedikit tugas kecil mahupun untuk bacaaan. Ini tidak mungkin akan menggantikan komputer riba anda pada bila-bila masa.

Dengan pemproses Octa-Core, 2GHz dan 3GB RAM mungkin tidak menjadikannya tablet terpantas di pasaran namun itu tidak bermakna ia tidak mampu untuk membuat tugas di Dokumen Google atau aplikasi paling popular tidak berjalan baik dengannya. Saya merasakan Samsung sudah menjangkakan siapa yang benar-benar harus membeli tablet ini . Dari segi pengalaman perisian, antara muka pengguna agak serupa dengan apa yang anda dapat pada telefon Galaxy.

Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong stylus, sarung papan kekunci atau perisian desktop DeX Samsung. Bateri 7, 040 mAh bertahan lama dengan sekali cas. Pada masa inilah saya menggunakan Tab A8 terutamanya untuk menonton filem, membaca dan sebagainya. Amat sukar untuk menghabiskan keseluruhan bateri dalam sehari, kerana ini bukan tablet yang mengutamakan aktiviti kerja harian.

Pada sisi negatifnya, kamera Tab A8 adalah sederhana. Terdapat kamera lima megapiksel di bahagian belakang dan lapan megapiksel di hadapan. Tiada apa-apa untuk ditulis tentang kamera belakang, tetapi kamera 8MP yang menghadap ke hadapan sesuai untuk panggilan video tetapi tidak memberikan kualiti tahap profesional.

[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut

Multi-Active Window

Untuk menjalankan pelbagai tugas pada masa yang sama dengan lebih mudah dan berkuasa, anda boleh membahagikan skrin anda dan menggunakan dua aplikasi bersebelahan, dan menambah tetingkap pop-up dengan Multi-Active Window. Jika anda berada di dalam kuliah, anda boleh berbincang dengan rakan sekelas secara serentak, mencatat nota dan meneliti pembentangan sekaligus. Dan apabila melayari internet, hanya seret pautan dari tetingkap semasa anda ke tepi skrin untuk membuat skrin pisah. Ciri Drag & Split secara automatik membuka tetingkap pelayar internet kedua untuk pengalaman melayar web yang lebih dinamik.

Promosi

Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit yang disarankan berharga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan pembelian: satu Clear Edge Cover 7 bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.samsung.com/my/tablets/galaxy-tab-a/
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, sila layari: www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-tab-a8-launch/

samsungSamsung Galaxy Tab A8
https://lomp.at/8h1ui
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Harga VS Fungsi MatePad 12 X 2026: Mana Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli

by Phic ARMAN
January 11, 2026

Zaman sekarang, hidup kita penuh dengan tugasan, idea, dan notifikasi, kelas, kerja, assignment, content, semua nak kena buat serentak. Kadang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara