Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Tahniah! Filem ‘Rahsia’ Tembusi Pawagam Kemboja

by Aphit J.
January 20, 2024
Share on Facebook

Filem seram versi reboot, RAHSIA terbitan Astro Shaw bersama Five Star Trading telah melebarkan sayap dengan menembusi pawagam di Kemboja bermula 15 Januari lalu.

Menembusi Pawagam Kemboja

via Astro Shaw

Bagi pasaran di sana, filem Rahsia menggunakan tajuk yang diterjemahkan dalam bahasa lokal iaitu ទាយាទស្នងអាគម (Heir of the Black Magic).

Tahun lalu, Rahsia telah berjaya mencatatkan kutipan pawagam RM6.2 juta.

Rahsia merupakan arahan Shamyl Othman, yang juga merupakan anak kepada pengarah filem asal iaitu Othman Hafsham, manakala skrip pula ditulis oleh penulis hebat dan creator siri popular One Cent Thief, Alfie Palermo.

Rahsia membariskan pelakon Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah dan ramai lagi.

Kisah Seram Kekeluargaan

via Astro Shaw

Ia mengisahkan tentang Ramlah pulang bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim sempena ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suami serta dua anak mereka, Marina dan Saiful.

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang, namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya. Mampukah Ramlah merungkai rahsia di sebalik kehilangan itu?

Ikuti info-info info dan klip-klip menarik Rahsia di Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
eman mananfikry ibrahimMarsha Milannabila hudaqistina raisahrashidi ishak
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara