Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Boleh Ditarik Balik, Peguam Syarie Jelaskan Hak Mutaah- “Kalau Ada Perintah Mahkamah…”

by Nurul A.
January 8, 2026
Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI

Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI

123
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu mutaah menjadi perbualan hangat selepas pempengaruh media sosial, Chazynash memaklumkan bahawa dia bakal menarik semula kemudahan (termasuklah mutaah, kereta dan rumah) yang diberikan kepada bekas isterinya, Fatin Morat.

Tanpa ramai yang sedar, isu ini telah mencetuskan kekeliruan dan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat sehinggakan seorang peguam syarie tampil menjelaskan perkara itu tidak mudah seperti yang disangka.

Foto – @peguamsyarie_atikah (Threads)

Menerusi perkongsiannya di platform Threads, peguam syarie Nurul Atikah menjelaskan bahawa mutaah boleh ditarik balik jika tiada sebarang perintah mahkamah yang mengikat kedua-dua pihak.

“Tarik balik mutaah ya? Kalau boleh tarik balik ni biasanya takde apa-apa perintah mahkamah. Kalau ada perintah mahkamah tak boleh tarik balik ikut suka.”

Pada masa yang sama, Nurul Atikah menasihati pasangan yang bercerai dan mempunyai hubungan yang masih lagi baik untuk membuat perjanjian persetujuan bersama secara rasmi. Perjanjian tersebut pula perlulah didaftarkan dan dijadikan sebagai perintah mahkamah.

“Sebab itu saya selalu ingatkan klien kalau tengah berbaik dan boleh berbincang dengan bekas pasangan masing-masing, better buat perjanjian persetujuan bersama segera & jadikan perjanjian itu sebagai perintah mahkamah.”

Bagi MURAI, kaedah ini sangat penting untuk mengelakkan sebarang konflik yang melibatkan isu mengenai kewangan seperti mutaah, harta sepencarian atau nafkah di kemudian hari.

“Bukan setakat perjanjian mulut atau bertulis sebab itu tak mengikat mahkamah jika salah satu pihak melanggar persetujuan tersebut.”

Tanpa perintah mahkamah rasmi, perjanjian tersebut boleh terbatal dan menjadi tidak sah jika salah satu pihak melanggar janji atau berubah fikiran.

Nasihat MURAI, jika kamu ada sebarang keraguan atau persoalan mengenai isu mutaah, terus bertanya dan dapatkan jawapan daripada peguam syarie berdekatan. Jelas?

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah
Chazynashfatin moratmutaah
https://lomp.at/f9vdc
Share49Tweet31SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Spotlight

Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, baru-baru ini membuka cerita tentang pendekatan baru dalam hidupnya yang ternyata...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara