Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain

by Puteri Alia
March 21, 2023
VIA Google

VIA Google

Share on Facebook

“Tiada suami dalam dunia ini yang boleh terima isterinya curang dengan lelaki lain,”- jelas Syamsul Yusof.

Tiada khabar angin atau ribut, kali ini pelakon dan pengarah Syamsul Yusof tampil berani memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 21 Mac 2023.

Meskipun jarang sekali membuat pendedahan kisah rumah tangganya, serta memilih untuk mendiamkan diri dengan alasan tidak suka berbahas soal rumah tangga di khalayak umum  Syamsul kini membuka cerita dengan mendakwa isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana bersikap curang apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin. Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.
Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.
Menjengah ke ruangan komen media sosial menerusi video sesi soal jawab Syamsul bersama media menjadi tular, rata-rata warganet melemparkan perbagai persoalaan sehingga ada yang bertanyakan mengapa memilih untuk kahwin lain sedangkan jika benar isterinya yang berlau curang terlebih dahulu.
Dalam pada itu, ada juga yang membuat pelbagai spekulasi mendakwa Syamsul cuba menfailkan nusyuz untuk menghalang isterinya daripada menuntut hak.
VIA Google

Bagaimanapun, mengikut sumber harus diingatkan bahawa seorang isteri yang disabit nusyuz cuma lucut haknya berkaitan nafkah isteri (jika masih berkahwin) atau nafkah iddah (jika sudah bercerai).

Fattah Amin Dituduh ‘Tiru’ Sentuhan Syamsul Yusof Dalam Arahan Pertama Noktah Dosa, Netizen Terkejut Hasil Cemerlang

Hak- hak yang lain seperti mut’ah, harta sepencarian, hak penjagaan anak dan nafkah anak adalah masih kekal. Akan tetapi, di dalam Undang- undang Keluarga Islam, tiada hukuman yang diberikan terhadap suami yang nusyuz.

Bagi suami yang nusyuz, yakni yang telah memberi mudarat pada isteri atau yang telah menjejaskan keharmonian rumahtangganya, maka isteri dibenarkan menuntut cerai melalui fasakh dan juga mendapat pembayaran pampasan iaitu mut’ah.

pengarah filem Munafik ini bagaimanapun mengakui  dia masih sayangkan Puteri Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Berbalas soal ini, isteri pertama Syamsul Yusof, Puteri Sarah menangkis dakwaan dilemparkan suaminya yang mengatakan dirinya curang dengan bekas kekasih.

Sarah juga meluahkan bahawa pihaknya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga mempersoalkan mengapa suaminya itu baru sekarang ingin memfailkan tuntutan nusyuz.

“Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat” – soal Sarah

“Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini. Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di bawah AKTA 559, AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH di bawah seksyen 23: Persetubuhan Luar nikah” – jelas Sarah

Sarah juga menegaskan bahawa, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah.

“Saya merasa pelik dan hairan mengenai tuntutan Nusyuz ini, seolah-olah saya yang memulakan kemelut rumahtangga ini” – katanya

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Puteri Sarah Ubah Haluan, Dari Lantang Suara Perjuang Hak Wanita Kini Pilih Ketenangan Demi Anak

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat seberang spekulasi mahupun provokasi mengenai isu ini, semoga segalanya dapat diselasaikan dengan cara yang baik.

puteri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/mraxw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Spotlight

Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, baru-baru ini membuka cerita tentang pendekatan baru dalam hidupnya yang ternyata...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Spotlight

Perkongsian Syed Saddiq Di Twitter Pada 2017 Curi Perhatian, “YB Dah Lama Aim”

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara