• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak “Gila Publisiti”, Sophia Albarakbah Tayang Bukti Jadi Mangsa Buli & Gangguan Seksual

by Nurul A.
August 11, 2025
Foto - @sophiekoshka (IG)

Foto - @sophiekoshka (IG)

Share on Facebook

Beberapa hari lepas, nama Sophia Albarakbah sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila aktres itu telah tampil membuat laporan polis. Berdasarkan laporan tersebut, Sophia telah memfailkan isu berkaitan buli siber dan juga gangguan seksual yang diterimanya.

Pendedahan tersebut dibuat di akaun Instagram Sophia sendiri. Jelas aktres itu, dia mahu menegaskan bahawa isu buli siber dan gangguan seksual ini bukanlah satu perkara yang ringan serta perlu diberi perhatian. Tidak mahu meraih perhatian dan simpati ramai, Sophia turut memuat naik karusel gambar beberapa mesej lucah dan kecaman yang diterimanya.

View this post on Instagram

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

“Saya tahu ada yang bertanya, kenapa saya buat laporan polis? Bitter? Gila publisiti? Tegakkan benang yang basah? TIDAK! Sebab buli siber dan gangguan seksual bukan perkara main-main. Ia bukan gurauan. Ia bukan “sekadar komen”.”

View this post on Instagram

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Menurut pemenang bagi kategori “Selebriti Feminin Terhangat” di Anugerah Melodi Terhangat 2025 itu, emosi dan maruahnya sebagai seorang wanita telah terjejas apabila dia telah menerima banyak mesej dan komen berbaur fitnah, hinaan, ugutan serta lucah.

“Saya telah menerima beribu-ribu mesej dan komen, fitnah, lucah, hinaan, ugutan… Sebut sahaja. Mungkin ada yang menganggapnya kecil tetapi bagi saya, kata-kata ini sangat mendalam. Mereka menyakitkan, mereka menjejaskan emosi saya, dan mereka merosakkan maruah saya sebagai seorang wanita dan sebagai manusia.

View this post on Instagram

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Dalam kongsian yang sama, Sophia juga mendedahkan bahawa dia telah mengambil tindakan terhadap hantaran mesej lucah dan juga komen yang berbaur fitnah, ugutan serta hinaan yang diterimanya.

“Saya tidak berkongsi untuk memalukan sesiapa, tetapi untuk menunjukkan realiti apa yang berlaku dalam talian. Inilah sebabnya saya mengambil tindakan. Sebab diam takkan ubah apa-apa. Laporan polis ini bukan tentang balas dendam. Ia mengenai perlindungan untuk keselamatan saya, maruah saya.”

Sekadar info, sejak menerima trofi pemenang bagi kategori “Selebriti Feminin Terhangat” di Anugerah Melodi Terhangat 2025 daripada Bella Astillah, nama Sophia Albarakbah menjadi bualan. Ini kerana kontroversi lamanya dengan Aliff Aziz yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Bella Astillah.

Kontroversi Buat Hilang Kawan, Aliff Aziz Akui Hidup Pernah Gelap Namun Tetap Bangkit
aliff azizanugerah melodi terhangatBella Astillahselebriti feminin terhangatSophia AlBarakbah
https://lomp.at/64pg7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore