Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Tak Rasa Nak Berkahwin Atau Cari Pasangan? Jaga-Jaga Kamu Mungkin Hidapi Gamophobia

by Soph Azz
January 8, 2024
Foto - Halo Doc

Foto - Halo Doc

Share on Facebook

Walaupun ramai orang di dunia ini menyimpan cita-cita untuk mempunyai pasangan, berkahwin hingga membina keluarga bersama insan yang dicintai; tetapi ada segelintir daripada kita berhasrat sebaliknya.

Bagi mereka memiliki pasangan atau berkahwin merupakan satu komitmen serta tanggungjawab besar pada dirinya. Memikirkan situasi ini, ia membuatkan individu tersebut berasa lebih takut, gemuruh dan fobia.

Kalau kamu nak tahu, mereka yang takut berkomitmen atau mempunyai hubungan ini biasanya digelar sebagai gamophobia.

Adakah Kamu Gamophobia? 

Foto – Mesh Pedia

Secara psikologinya, gamophobia adalah sejenis fobia yang membuatkan seseorang individu itu takut untuk berkomitmen secara serius seperti perkahwinan. Berbeza dengan philophobia iaitu fobia untuk jatuh cinta, individu yang hidapi gamophobia ini tidak takut untuk menjalinkan hubungan cinta dengan orang lain.

Kenapa Gamophobia Wujud? 

Fobia ini boleh wujud apabila seseorang itu alami sesetengah situasi seperti perceraian ibu bapa, atau melihat kegagalan rumah tangga orang terdekatnya. Malah gagal dalam percintaan juga boleh menjadi penyebabnya. Jadi kerana itulah mereka yang hidapi gamophobia ini lebih memilih untuk bercinta secara bebas, tidak terikat dengan sebarang komitmen seperti perkahwinan.

Bagaimana Nak Atasi Gamophobia? 

Mereka yang hidapi gamophobia ini biasanya mempunyai beberapa simptom seperti:

Foto – Your Doctors Online
  • Pening atau loya
  • Muka menjadi merah dan panas
  • Sukar untuk bernafas dan sakit dada
  • Berpeluh dengan banyak daripada kebiasaannya
  • Peningkatan kadar jantung atau berdebar dengan teruk

Psst… Jika simptom ini berlarutan selama 6 bulan atau lebih, ia boleh beri kesan pada kehidupan seharian tau!

Untuk atasinya pula, individu gamophobia boleh lakukan beberapa langkah berikut:

Foto – Sex(uality) & The City
  • Jujur dengan pasangan tentang keadaan (fobia) yang kamu alami.
  • Tidak perlu memaksa diri untuk  berkahwin demi atasi masalah fobia ini.
  • Sedar dan akui ketakutan terhadap komitmen yang melibatkan perkahwinan.
  • Dapatkan bantuan daripada ahli kesihatan mental yang profesional iaitu pakar psikiatri.

Nasihat Miss Murai, jika menjadi teruk dan tidak boleh diatasi dengan sendiri, kamu perlu dapatkan bantuan secepat yang mungkin ye!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fobia bercintagamophobiaJenis Fobiatakut bercintatakut kahwin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara