Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Sabar Jadi Ibu, Siti Saleha Dedah Bakal Timang Anak Lelaki Enam Bulan Lagi

by Puteri Alia
October 13, 2025
Share on Facebook

Aktor dan model terkenal, Siti Saleha mengotakan janjinya kepada peminat apabila akhirnya mendedahkan jantina cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Bintang berusia 35 tahun itu berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang seorang bayi lelaki, sekali gus menamatkan teka-teki yang berlegar sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi satu majlis penuh adat yang diadakan baru-baru ini, Siti Saleha diraikan dalam upacara Mitoni atau mandi bunga, tradisi masyarakat Jawa yang dijalankan ketika kandungan mencecah tujuh bulan. Menurut pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, majlis tersebut berlangsung dengan penuh makna dan diiringi suasana penuh kasih serta restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar. Kami akan menimang anak lelaki,” ujar Saleha yang sebelum ini berjanji akan berkongsi berita istimewa itu sebaik sahaja selesai majlis tersebut seperti dirancang keluarga mentua.

Lebih mengharukan, Joshua turut dilihat menyiram air mandian bunga ke tubuh isterinya sebagai simbolik kasih dan doa buat isteri serta anak yang dikandung. Detik pengumuman jantina bayi pula disambut dengan kepulan asap berwarna biru yang dilepaskan ke udara, menandakan kehadiran bakal pewaris lelaki dalam keluarga kecil mereka.

Terdahulu, Saleha mengumumkan dirinya hamil dan kini sudah memasuki trimester ketiga dengan usia kandungan mencecah enam bulan. Sepanjang kehamilan, pelakon itu dilihat tenang dan berseri, malah sering berkongsi detik manis perjalanan menjadi ibu di media sosial.

Siti Saleha dan Joshua Fitton mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Bentong, Pahang. Kini, pasangan ini sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka dengan penuh keterujaan dan syukur.

[VIDEO] Siti Saleha Tayang 'Baby Bump, Curi Perhatian Netizen!-"Vibe Mia Adriana.."
Siti saleha
https://lomp.at/wqdsg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @abbyabadi.exclusive (TikTok)
Lokal

“Dia Juga Berhak Diraikan”- Abby Abadi Impi Adakan Majlis Sanding Untuk Marissa

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktres dan usahawan, Abby Abadi baru-baru ini mencuri perhatian apabila dia meluahkan harapan dan doa untuk anak perempuannya, Marissa Dania....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore