Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tak Sangka Jackie Chan Rupanya Dulu Kaki Skandal!

by Rory Kim
April 12, 2017
Share on Facebook

Everybody was Kung Fu Fighting!

Gerakan aksi kung fu yang menghiburkan sering kali menjadi angan-angan penulis setiap kali menonton filem Jackie Chan. Antara filem kegemaran penulis dari Jackie Chan ialah siri Rush Hour dan Shanghai Noon. Siapa sahaja menonton filem beliau pasti terpegun dengan kemahiran seni mempertahankan diri dan bersifat kreatif walaupun kita semua tahu gerakan tersebut boleh membawa maut. 

Foto – Giphy

Kehidupan peribadi Jackie Chan jarang sekali diketahui umum kerana bagi penulis Jackie bijak tidak mencampur adukkan kerjaya beliau sebagai penghibur dan isu peribadi. Lagipun kejayaan beliau telah banyak membayangi media dari sibuk ‘menjaga tepi kain’. 

Menurut dari portal Hindustan Times, Jackie pernah mendedahkan ‘isu panas’ yang berlaku antara isterinya yang terlepas pandang oleh media.

Keluarga bahagia Jackie. Beliau bersama isteri dan anak lelaki. Foto – Lollipop

Jackie berkongsi cerita semasa temubual di China Press pada tahun 2015 bahawa beliau terpaksa berkahwin dengan isterinya, Joan Lin kerana mereka telah terlanjur dan isterinya ketika itu masih sebagai teman wanita sedang mengandungkan anak mereka.

Kejadian berlaku pada tahun 1982 dan secara sejujurnya Jackie mengaku beliau tidak pernah terfikir langsung tentang perkahwinan jadi apabila ‘insiden’ itu berlaku beliau seolah-oleh merasakan dirinya dipaksa untuk berkahwin. 

Jackie Chan pernah digosipkan mempunyai hubungan sulit bersama bekas ratu cantik Elaine Ng sekitar tahun 1999. Dari hubungan tersebut dia mempunyai anak perempuan bernama Etta Ng. 

Topik Berkaitan Pengakuan Jackie Chan, Terkejut Selepas Tahu Bapa Seorang Perisik & Ibu Mengedar Dadah
Etta Ng bersama ibunya Elaine Ng. Foto – Asianpopnews

Spekulasi ini masih menjadi bualan orang ramai dan dikatakan hubungan Jackie antara anak perempuan masih lagi tegang. 

Pada tahun 2014 kecoh apabila anak lelaki beliau, Jaycee ditahan pihak berkuasa kerana memiliki 100 gram dadah marijuana. Jaycee kemudianya dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan. 

Menariknya, perkahwinan Jackie bersama isterinya kekal sehingga sekarang selama 32 tahun walaupun pernah dilanda gosip panas. Jackie juga mendedahkan mereka berkahwin secara senyap-senyap di kedai kopi di Los Angeles. 

Banyak juga isu dari Jackie Chan rupanya! Jangan sangka air yang tenang tiada buaya..

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ChinagossipHiburanjackie chanViral
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara