Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Takut” Jadi Wakil Rakyat Negeri Islam, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding Jika Dicalonkan Di Kelantan

by Puteri Alia
July 25, 2023
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan celoteh penyanyi kontroversi, Baby Shima yang sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan video menari geleknya yang sering tular di media sosial.

Terkini, teka-teki sama ada penyanyi dangdut, Baby Shima akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) masih lagi menjadi tanda tanya susulan perkongsian videonya di laman Instagram pada Selasa.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia membatalkan hasratnya hendak bertanding dalam PRN sekiranya ditempatkan di Kelantan.

“Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” katanya dalam ruangan perkongsian video pada Selasa.

Menerusi video tersebut, Baby Shima sedang bertanya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengenai negeri mana sesuai untuk bertanding dalam PRN akan datang.

Khairy menjawab pertanyaan tersebut dengan mencadangkan Kelantan sebagai lokasi sesuai untuk Baby Shima.

“Saya rasa Shima sesuai (bertanding) di Kelantan,” jawabnya.

Pada Isnin, Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding pada PRN tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Baby Shima tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Lagi perkembangan berita sensasi dalam dan luar negara, jom ikuti laman channel rasmi Whatsapp Murai My untuk info terkini.

Baby Shima Dedah Peminat Fanatik Ugut Bunuh Diri Gara-Gara Cemburu Aksi Mesra Dalam MV Island Boi
baby shima
https://lomp.at/127al
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Ojenn Aiwahh Bersyukur Lihat Ibu Berjuang Lawan Kanser!-“Mama Baru Sedar Dari Operation..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojenn Aiwahh menitipkan rasa syukur melihat ibunya yang sangat kuat berjuang melawan kanser. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore