Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Takut” Jadi Wakil Rakyat Negeri Islam, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding Jika Dicalonkan Di Kelantan

by Puteri Alia
July 25, 2023
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan celoteh penyanyi kontroversi, Baby Shima yang sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan video menari geleknya yang sering tular di media sosial.

Terkini, teka-teki sama ada penyanyi dangdut, Baby Shima akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) masih lagi menjadi tanda tanya susulan perkongsian videonya di laman Instagram pada Selasa.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia membatalkan hasratnya hendak bertanding dalam PRN sekiranya ditempatkan di Kelantan.

“Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” katanya dalam ruangan perkongsian video pada Selasa.

Menerusi video tersebut, Baby Shima sedang bertanya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengenai negeri mana sesuai untuk bertanding dalam PRN akan datang.

Khairy menjawab pertanyaan tersebut dengan mencadangkan Kelantan sebagai lokasi sesuai untuk Baby Shima.

“Saya rasa Shima sesuai (bertanding) di Kelantan,” jawabnya.

Pada Isnin, Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding pada PRN tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Baby Shima tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.

Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.

Lagi perkembangan berita sensasi dalam dan luar negara, jom ikuti laman channel rasmi Whatsapp Murai My untuk info terkini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
baby shima
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Robert Pattinson
Spotlight

Ada Unsur Ped*filia, Filem Thriller Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia

by Nurul A.
October 7, 2026

Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, 'Primetime' di pawagam tempatan....

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Khairul Aming Maskot
Spotlight

[VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

by Nurul A.
August 12, 2026

Tiada siapa sangka bahawa wajah usahawan Khairul Aming, atau lebih dikenali dengan panggilan KA, 'dipinjam' menjadi maskot bagi sebuah rumah...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

Isu ‘Madu atau Racun’ Cetus Perdebatan, Eric Fuzi Pula Sentuh Budaya Media Sosial

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Isu drama Madu atau Racun semakin menjadi perhatian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Kim Kardashian, Kardashians
Spotlight

Kim Kardashian Tak Main-Main, Jumlah Pengasuh Untuk Anak Buat Ramai Terkedu!

by Nurul A.
October 5, 2026

Bintang realiti "Kardashians" dan pengasas SKIMS, Kim Kardashian mempunyai empat orang anak, hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Kanye West. Dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara