Wednesday, October 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tanam Benang Solusi Awet Muda Gigi Hadid, Amelina Hingga Ayu Ting Ting… Tak Bahaya Ke?

by Soph Azz
June 21, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Atas nama ‘cantik’, setiap orang terutamanya wanita tidak akan lepaskan peluang untuk lakukan apa sahaja terhadap rupa paras mereka. Semuanya untuk nampak cantik dan awet muda dalam jangka masa panjang.

Ada yang mengambil suplemen, memakai pelbagai produk hingga lakukan rawatan serta prosedur kosmetik untuk memperbaiki penampilan.

Dan berdasarkan pemerhatian, rawatan kosmetik yang menjadi permintaan ramai wanita termasuklah selebriti adalah rawatan tanam benang.

Rawatan tanam benang ini memberikan hasil yang sangat berbeza seperti wajah menjadi lebih tegang, muda dan lebih segar. Walaupun nampak seram dan sakit, Miss Murai nak kongsikan beberapa perkara yang perlu kamu tahu sebelum lakukan rawatan ini;

 Tanam benang dalam wajah?

Rawatan tanam benang (thread lift) adalah prosedur kosmetik yang menawarkan alternatif invasif yang minimum pada pembedahan facelift.

Dalam erti kata lain, rawatan tanam benang ini dilakukan untuk menegangkan kulit dengan memasukkan benang ke dalam wajah. Kemudian benang tersebut akan ditarik ke atas  dan diketatkan untuk angkat wajah kamu.

Foto – @amelinaamirsharipuddin (IG)

Tujuan rawatan ini adalah untuk hilangkan tanda-tanda penuaan di wajah seperti garis halus, kedutan dan wajah yang ‘kendur’. Benang yang ditanam itu akan menggalakkan pengeluaran kolagen, jadi sebab itulah selepas rawatan ini wajah akan nampak lebih segar dan muda.

Rawatan tanam benang ini kebiasaannya dilakukan berdasarkan keperluan dan kawasan sasaran seperti;

  • Tanam benang wajah di garis rahang, garis kening, kawasan bawah mata, dahi dan pipi.
  • Tanam benang hidung yang merangsang pembentukan kolagen serta mengubah bentuk, kedudukan dan sudut hidung.

Tak Bahaya Ke? 

Tanpa perlu melakukan pembedahan face lift, rawatan ini dikatakan lebih mudah dan cepat. Walaupun kesannya tidak kekal, tapi rangsangan kolagen yang terhasil sudah memadai untuk jadikan wajah lebih muda.

Foto – Pinterest

Hasil rawatan ini bergantung pada keanjalan dan jenis kulit, bilangan dan kawasan sasarannya. Kesan wajah yang terangkat dan lebih toned boleh bertahan selama 18 bulan hingga 2 tahun.

Risiko untuk lakukan rawatan ini juga dikatakan lebih rendah dan selamat, jadi sebab itulah ia menjadi pilihan ramai wanita termasuklah selebriti.

Antara selebriti yang melakukan rawatan tanam benang ini adalah Amelina, Raja Ema, Ayu Ting Ting, Bella dan Gigi Hadid, Eva Mendes serta Gwyneth Paltrow.

amelinaamelina gegar vaganzaayu ting tingbella hadidgigi hadidraja emarawatan tanam benang
https://lomp.at/wulda
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

Dermalene Anjur “Breakfast” Istimewa Bersama Ustazah Asma’ Harun, Raikan Merdeka dengan Gaya

by Phic ARMAN
July 28, 2025

Baru-baru ini, kami di MURAI sempat meluangkan masa pagi yang cukup bermakna bersama Dermalene Skin Centre dan De.Wan 1958 di...

Read more
Kecantikan

Dododots Perkenal Koleksi Edisi Terhad Superhero DC!

Dikenali kerana menjadikan penjagaan jerawat sesuatu yang menyeronokkan, jenama penjagaan kulit Malaysia, Dododots kini membawakan tenaga kreatif yang sama ke...

Read more
by Naddy Joe
July 17, 2025
Foto – Arkib Miss Murai
Hotel

[VIDEO] Temple Tree Langkawi: ‘Charge’ Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!

Jujur cakap, percutian singkat kali ini menyedarkan Murai betapa lamanya tiada momen 'me time' dan recharge tenaga dengan sebetul-betulnya. Percutian...

Read more
by Soph Azz
July 30, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  2. 2

    “Tetap Setia Walau Terluka”- Tak Lagi Ikuti Suami Di IG, Luahan Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya

  3. 3

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  4. 4

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem