Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tanam Benang Solusi Awet Muda Gigi Hadid, Amelina Hingga Ayu Ting Ting… Tak Bahaya Ke?

by Soph Azz
June 21, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Atas nama ‘cantik’, setiap orang terutamanya wanita tidak akan lepaskan peluang untuk lakukan apa sahaja terhadap rupa paras mereka. Semuanya untuk nampak cantik dan awet muda dalam jangka masa panjang.

Ada yang mengambil suplemen, memakai pelbagai produk hingga lakukan rawatan serta prosedur kosmetik untuk memperbaiki penampilan.

Dan berdasarkan pemerhatian, rawatan kosmetik yang menjadi permintaan ramai wanita termasuklah selebriti adalah rawatan tanam benang.

Rawatan tanam benang ini memberikan hasil yang sangat berbeza seperti wajah menjadi lebih tegang, muda dan lebih segar. Walaupun nampak seram dan sakit, Miss Murai nak kongsikan beberapa perkara yang perlu kamu tahu sebelum lakukan rawatan ini;

 Tanam benang dalam wajah?

Rawatan tanam benang (thread lift) adalah prosedur kosmetik yang menawarkan alternatif invasif yang minimum pada pembedahan facelift.

Dalam erti kata lain, rawatan tanam benang ini dilakukan untuk menegangkan kulit dengan memasukkan benang ke dalam wajah. Kemudian benang tersebut akan ditarik ke atas  dan diketatkan untuk angkat wajah kamu.

Foto – @amelinaamirsharipuddin (IG)

Tujuan rawatan ini adalah untuk hilangkan tanda-tanda penuaan di wajah seperti garis halus, kedutan dan wajah yang ‘kendur’. Benang yang ditanam itu akan menggalakkan pengeluaran kolagen, jadi sebab itulah selepas rawatan ini wajah akan nampak lebih segar dan muda.

Rawatan tanam benang ini kebiasaannya dilakukan berdasarkan keperluan dan kawasan sasaran seperti;

  • Tanam benang wajah di garis rahang, garis kening, kawasan bawah mata, dahi dan pipi.
  • Tanam benang hidung yang merangsang pembentukan kolagen serta mengubah bentuk, kedudukan dan sudut hidung.
Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing

Tak Bahaya Ke? 

Tanpa perlu melakukan pembedahan face lift, rawatan ini dikatakan lebih mudah dan cepat. Walaupun kesannya tidak kekal, tapi rangsangan kolagen yang terhasil sudah memadai untuk jadikan wajah lebih muda.

Foto – Pinterest

Hasil rawatan ini bergantung pada keanjalan dan jenis kulit, bilangan dan kawasan sasarannya. Kesan wajah yang terangkat dan lebih toned boleh bertahan selama 18 bulan hingga 2 tahun.

Risiko untuk lakukan rawatan ini juga dikatakan lebih rendah dan selamat, jadi sebab itulah ia menjadi pilihan ramai wanita termasuklah selebriti.

Antara selebriti yang melakukan rawatan tanam benang ini adalah Amelina, Raja Ema, Ayu Ting Ting, Bella dan Gigi Hadid, Eva Mendes serta Gwyneth Paltrow.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amelinaamelina gegar vaganzaayu ting tingbella hadidgigi hadidraja emarawatan tanam benang
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara