• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Tanda-Tanda & Cadangan Makanan Yang Boleh Mencegah PCOS

by Soph Azz
November 23, 2023
Foto - Health Shots

Foto - Health Shots

Share on Facebook

PCOS atau sindrom ovari polikistik ini adalah gangguan hormon yang umumnya terjadi dalam kalangan wanita. Bila seseorang wanita itu menghidap PCOS, ia akan mempengaruhi kesihatan reproduksinya dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

PCOS adalah keadaan di mana ovari wanita menghasilkan jumlah androgen yang tidak normal; hormon seks lelaki yang biasanya terdapat pada wanita dalam jumlah yang kecil.

Walaupun tiada cara yang pasti untuk mencegah dan mengubati PCOS, tetapi kamu boleh kurangkan risiko dengan mengetahui apakah tanda-tandanya dan cadangan makanan yang boleh mencegahnya.

Tanda-tanda PCOS 

Bagi wanita yang tidak tahu sama ada dirinya menghidapi PCOS atau tidak, cuba kamu perhatikan tanda-tanda berikut di rumah:

Foto – Pinterest
  • Kitaran haid tidak teratur atau tidak hadir sama sekali.
  • Alami pertambahan berat badan yang sukar dikawal, terutamanya di bahagian perut.
  • Kulit jadi berjerawat dan berminyak secara berlebihan.
  • Alami pertumbuhan rambut berlebihan sama ada di wajah, dada atau bahagian badan yang lain (hirsutisme).
  • Rambut menjadi gugur dan alami penipisan rambut di kepala atau botak
  • Alami rintangan insulin yang menjurus pada peningkatan risiko diabetes jenis 2.

Cadangan makanan yang boleh cegah PCOS

Berdasarkan beberapa kajian, PCOS boleh dielakkan dan dikurangkan gejalanya menerusi beberapa jenis makanan seperti:

  • Makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, bijirin boleh bantu kawal paras darah dalam darah, baiki penghadaman dan kurangkan keradangan.
  • Pilih karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan oat kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah untuk bantu elakkan lonjakan gula dalam darah.
Foto – Pinterest
  • Pengambilan protein yang seimbang membantu mengekalkan gula dalam darah dan berikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama.
  • Pemilihan lemak sihat seperti lemak tak tepu tunggal dan lemak poli tak tepu untuk menyokong kesihatan hormon.
  • Minyak ikan seperti omega-3 mempunyai kesan anti-radang.
  • Makanan rendah laktosa mengurangkan risiko PCOS.
  • Makanan kaya dengan antioksidan seperti buah beri dan sayur-sayuran berwarna melawan tekanan oksidatif.

Mencegah lebih baik daripada mengubati, Miss Murai lebih galakkan kamu untuk lakukan pemeriksaan berkala di mana-mana klinik atau hospital berdekatan sebelum terlambat.

ciri-ciri pcosmakanan elak pcospcostanda-tanda pcos
https://lomp.at/8q6tg
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    “Mama Hasut Papa, Papa Pulak Pukul”- Sodiq Anak Johan Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore