Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Tangkap Gambar Sekitar KL & Selangor, Ini Port Best & On Point Untuk Bakal Pengantin!

by Soph Azz
April 4, 2023
Foto - @thelilac_

Foto - @thelilac_

Share on Facebook

Ada ke pasangan yang tengah mencari lokasi bergambar yang cantik untuk abadikan memori indah bersama?

Sama ada bergambar untuk pra-prkahwinan, semasa atau selepas, kalau kamu memerlukan lokasi yang berlatar belakangkan yang unik dan tak cliche; ada beberapa lokasi yang Miss Murai nak syorkan pada kamu!

Terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kamu dan pasangan boleh cuba pergi ke beberapa lokasi ‘hot spot’ yang menjadi tumpuan para pengantin. Kata orang, kalau tangkap gambar di sini, gambar kahwin kamu akan nampak berbeza, cantik, dreamy dan timeless.

Nak tahu di mana? Scroll cepat di bawah…

A-Park, Puchong 

View this post on Instagram

A post shared by A-Park Puchong (@a.park.puchong)

Ala-ala di zaman klasik Eropah, A-Park ini adalah lokasi yang sesuai untuk pasangan yang sukakan latar belakang taman desa. Sama ada kamu adakan majlis di sini, atau sekadar nak bergambar; Miss Murai sarankan kamu untuk ambil gambar di atas bot atau tepi jambatan.

Astaka Morocco, Putrajaya 

View this post on Instagram

A post shared by Malaysia Pix ?? (@malaysiapix)

Untuk bakal pengantin yang sukakan suasana Timur Tengah, jangan lepaskan peluang untuk  bergambar di Astaka Morocco. Setiap ukiran di dinding dan pintu, boleh jadikan gambar kamu nampak mahal seolah-olah seperti berada di negara-negara Timur Tengah.

Tamarind Square, Cyberjaya 

View this post on Instagram

A post shared by Luckybieny (@luckybieny)

Mempunyai seni bina yang unik dengan gabungan kehijauan alam semula jadi dan moden bandar, Tamarind Square kini menjadi hot spot untuk para bakal pengantin bergambar tau. Saranan Miss Murai, ambil gambar di waktu bekerja kerana hujung minggu sesak dengan pengunjung luar.

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

View this post on Instagram

A post shared by Photographer Negeri Sembilan (@daisy.film)

Menjadi salah satu taman awam yang tercantik, Taman Saujana Hijau yang dipenuhi dengan pokok hijau ini sudah semestinya akan menjadi latar belakang yang paling cantik untuk kamu bergambar. Sekali pandang, rasa macam di luar negara tau!

Seri Gemilang Bridge, Putrajaya

View this post on Instagram

A post shared by Qiu Wen |秋雯 (@qiuwen1014)

Nak feeling seperti raja dan ratu, kamu boleh bergambar di jambatan istiadat Seri Gemilang Bridge ini. Pose lah di mana-mana tempat sekali pun, tetap nampak cantik dan seperti di luar negara!

Boleh bayangkan tak bagaimana cantik dan abadinya setiap gambar yang diambil di salah satu lokasi di atas? Apa pun, memang love!

lokasi gambar kahwinlokasi gambar kahwin outdoorport gambar kahwin
https://lomp.at/zcwex
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara