Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Teater Muzikal Moyang Salleh di Istana Budaya Dibatalkan?

by Phic ARMAN
August 23, 2022
Share on Facebook

Hari ini, MURAI MY menerima kenyataan rasmi daripada  Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan Persatuan Karyawan Negeri Sembilan merupakan penerbit “Teater Muzikal Moyang Salleh” karya Subroto Katimin dan arahan Roslee Mansor.

Dalam kenyataan mereka memberiitahu bahawa Teater Muzikal Moyang Salleh yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 26-31 Ogos 2022, di Istana Budaya, Kuala Lumpur dibatalkan.

Pementasan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pihak produksi tidak mendapat penajaan yang mencukupi untuk menampung kos produksi. Walau bagaimanapun, sukacita dimaklumkan persembahan Muzikal Moyang Salleh diteruskan pada 23-25 September 2022 di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS).

Dalam pada itu, pihak mereka memberitahu kepada yang telah membeli tiket dan ingin membatalkan pembelian, boleh menghubungi 011- 13297822 (Ilassoticket.com) dan 018-2755981 (Urus setia) untuk keterangan lanjut. Manakala mereka yang ingin terus menonton, boleh dibawa ke hadapan untuk tarikh baharu persembahan.

VIA Diboy Studio

Menutup kenyataan tersebut, mereka ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peminat Teater Muzikal Moyang Salleh yang menanti-nantikan persembahan ini serta semua yang menyokong industri seni dan budaya tanah air.

“Sekali lagi kami ingin memohon kepada pembeli tiket untuk terus mengekalkan tiket yang telah dibeli manakala mereka yang ingin membatalkan pembelian, boleh berhubung dengan pihak pengurusan tiket untuk tindakan kami selanjutnya.”- tulis mereka.

Muzikal Moyang Salleh ialah kisah legenda tokoh Negeri Sembilan, Datuk Moyang Salleh yang memerdekakan Jelebu daripada jajahan takluk Johor suatu ketika dahulu. Bermula daripada majlis perkahwinan Si Amat yang gemilang, Bendahara Johor sudah terpikat dengan anak gadis Datuk Penghulu Rembau, Seri Banun yang anggun, pandai menyanyi dan menari untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah. Malangnya peminangan Sultan Johor itu telah ditolak oleh Datuk Penghulu Rembau kerana Seri Banun telah ditunangkan dengan seorang pemuda bernama Teruna.

Si Amat yang gagap telah dihantar ke Istana Johor sebagai wakil pemulang adat dihukum bunuh oleh Sultan Johor. Ini menimbulkan kemarahan Datuk Penghulu Jelebu, Datuk Moyang Salleh lalu beliau bersama-sama empat orang pengikutnya iaitu Tok Gagah Lela Perkasa, Tok Laut Api, Tok Beruang Hitam dan Tok Bauk telah ke Johor menuntut keadilan. Teater
ini dijayakan oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Khir Rahman, Hairi Sapuan, Eliza Mustapa, Along Ezyandy, Nen Tebabo dan Mubarak Majid.

Along EzyandyDatuk Ahmad Tamimi SiregarEliza MustapaHairi Sapuankhir rahmanNen Tebabo dan
https://lomp.at/djo96
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Filem

Filem Libang Libu Sarat Emosi & Mesej Tentang Perpaduan Budaya Malaysia

by Naddy Joe
April 22, 2026

Industri perfileman tempatan bakal diserikan dengan kemunculan filem komedi-drama Libang Libu, yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara bermula 23 April ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  5. 5

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara