Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Temubual EKSKLUSIF: Noraniza Idris Bakal Bawa Perubahan Irama Tradisional

by Khai Azfar
February 19, 2021
Share on Facebook

Tidak menunggu masa yang lama selepas tamatnya program realiti Gegar Vaganza 7 pada Disember lalu, penyanyi terkenal Noraniza Idris tampil berkolaborasi bersama penyanyi rap wanita berhijab tanah air, Bunga.

Lirik Oleh Bunga

Menariknya mengenai Bunga yang terkenal dengan identiti mengenakan baju kurung setiap kali persembahannya, singlenya bersama Noraniza itu memberi nafas baharu dalam lagu Intan Payung yang kini mencuri perhatian peminat-peminat tanah air. Difahamkan, lirik ini ditulis oleh Bunga sendiri atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini manakala sususan muzik merupakan hasil ciptaan Luca Sickta.

Permulaan Yang Baharu

Bercakap mengenai keterbukaannya dalam kolaborasi bersama Bunga, Ratu Pop Etnik Malaysia itu berkata dia menganggap kolaborasi ini sebagai permulaan yang baharu bagi Irama Tradisional.

“Saya tahu mengenai Bunga apabila ada rakan-rakan memberitahu bahawa dia merupakan anak didik Joe Flizzow dari sebuah program. Dari situ, saya tahu ini merupakan nama-nama yang hebat dalam industri”

“Apabila diberi cadangan untuk gabungkan irama tradisional dalam sebuah lagu berunsur rap, secara jujur saya terbuka mengenainya untuk menerima perubahan itu”

“Industri sekarang dengan zaman dahulu, saya akui memang kami berjuang untuk menaikkan nama irama tradisional. Tetapi sekarang ini, segalanya di hujung jari dan sosial media.Dari situ saya rasa, apabila terjadinya kolaborasi dengan Bunga, ini adalah peluang untuk saya berkongsi kesenian itu kepada industri”

“Secara tidak langsung, generasi sekarang akan lebih mengenali irama ini berbanding generasi 20 tahun dulu yang sudah mengenali saya dan irama-irama tradisional” kata Noraniza

Noraniza dan Bunga ditemui Murai.my menerusi sidang media pelancaran single Intan Payung secara maya pada petang Rabu(17 Februari 2021). Intan Payung terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 Februari 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bunganoraniza idrisNoraniza Idris Bunga
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara