Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] TUAN By Tengku Kery Satu-Satunya Jenama ‘Lokal’ Kekal Di SOGO Sejak 6 Tahun Lalu

Bermula hanya dengan jualan atas talian, kini TUAN mempunyai butik fizikalnya sendiri

by Khai Azfar
May 10, 2021
Share on Facebook

Buat penggemar baju batik moden dan kontemporari sudah pasti mengenali dengan TUAN By Tengku Kery yang merupakan antara jenama terawal yang memperkenalkan rekaan ini dalam busana harian.

Kini Mempunyai Butik Sendiri 

Jika dahulu, terdapat stigma untuk memakai batik hanya pada hari tertentu dan lebih dikaitkan dengan agensi kerajaan, kini tidak lagi. Terima kasih kepada TUAN yang turut memperkenalkan idea kepada generasi kini penyesuaian batik kepada pelbagai acara.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam dunia fesyen, pemilik TUAN, Tengku Kery atau juga mesra disapa sebagai Kery  ketika ditemui Murai.my turut tidak menyangka bahawa jenama ini sudah bertapak selama 7 tahun. Bermula hanya dengan jualan atas talian, kini TUAN mempunyai butik fizikalnya sendiri sejak Jun tahun lalu.

Satu-Satunya Jenama Tempatan Kekal Di SOGO 

Lebih membanggakan, TUAN juga merupakan antara empat jenama tempatan pertama yang diberi peluang untuk memasarkan koleksinya di rangkaian pusat membeli belah terkenal, SOGO. Ditambah pula, jenama TUAN merupakan satu-satunya yang kekal di SOGO selama enam tahun berturut-turut sehingga kini.

“Saya mendapat tawaran daripada SOGO sejak enam tahun lepas. Setahun selepas saya memulakan perniagaan terus dapat tawaran ini”

“Alhamdulillah saya adalah empat Bumiputera yang pertama dapat masuk ke dalam SOGO. Lebih membanggakan, TUAN adalah satu-satunya jenama yang pertama kekal sehingga kini di dalam SOGO” katanya

View this post on Instagram

A post shared by Tuan (@tuanbytengkukery)

Hampir Putus Asa 

Sebagai seorang yang memiliki perniagaan sendiri,sudah pastinya Kery tidak terlepas daripada pelbagai dugaan termasuklah diuji ketika pelaksanaan awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih menyedihkan, tenaga kerja kakitangannyaa juga terpaksa dihadkan bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan sebagainya. Akui pernah berasa putus asa, namun dia redha dengan ketentuan-Nya dan mencari kekuatan untuk meneruskan perniagaan ini.

“Secara jujur, saya rasa semua peniaga akan berasa macam itu(sedih). Ini kerana masa PKP yang kali kedua, memang sangat terkesan. Bayangkan saya baru sahaja buka butik dan perniagaan pun baru nak berkembang tiba-tiba PKP, daripada keuntungan mungkin dalam 100% jatuh kepada 10% sahaja”

“Sikit sangat. Orang pun masa itu tak berani nak beli secara atas talian sebab kebetulan raya pun memang tak boleh. Dalam masa tiga bulan itu, saya memang ada terfikir untuk tutup butik. Tetapi ada staf saya cakap, lebih baik dia berhenti kerja daripada butik terus ditutup kerana dia cakap sayang butik ini cantik dan lokasinya juga bagus. Nak dapatkan peluang seumpama ini bukan senang, jadi dia korbankan karier nya demi saya. Alhamdulillah bila PKP yang kedua sudah tamat, bisnes pun makin okay balik dan dia kembali sertai saya” katanya lagi

Difahamkan, ketika itu dia turut mencari peluang lain seperti menjual makanan untuk TUAN terus ‘bernafas’.

“Sebenarnya saya jual makanan pun bukanlah minat sangat dalam bidang F&B. Saya akui itu sebagai ‘backup’ untuk berniaga memandangkan orang pun kurang beli baju masa itu. Kalau saya tak buat macam itu, macam mana lagi saya nak dapatkan duit. Nak tak nak, saya kena cari sesuatu” tambah Kery

Diuji Dengan PKP 3.0

Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah awan pula tidak selalu mendung. Baru-baru ini kerajaan sekali lagi mengumumkan pelaksanaan PKP buat kali ketiga melibatkan beberapa daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kery turut diuji dengan pembatalan saat akhir sebuah karnival raya yang berada dalam kawasan pelaksanaan tersebut .

“Untuk PKP 3.0, saya memang terduduk. Saya dah keluarkan perbelanjaan lebih daripada tahun sebelumnya sebab nak cover balik promosi dan keluaran tahun lalu. Saya tak ada back-up plan lagi, saya memang sedih tetapi hanya mampu tawakal ketika ini” ujarnya sebak

Namun begitu, berbekalkan pengalaman lalu dia cuba untuk menguatkan semangat  dan kini menawarkan diskaun khas buat semua pelanggan yang ingin mendapatkan koleksi Aidilfitri dari TUAN By Tengku Kery.

Salam, di sbbkan event yg sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini di batalkan. Dan ready stock sudah banyak yg siap. Kami decide untuk buat Flash Sale untuk 3 hari ( 7, 8 & 9 ) Mei

Serendah RM99 sahaja untuk Baju Lekir

Butik di SS2 PJ

Mohon sgt2 bantuan anda untuk RT
?? pic.twitter.com/0bE6VjpKiR

— Tengku Kery (@tengkukery) May 6, 2021

Menariknya mengenai koleksi Aidilfitri dari TUAN, identiti Batik masih dikekalkan dalam setiap rekaan termasuklah baju Melayu.

Malah jenis fabrik yang digunakan juga difahamkan menggunakan kain berkualti tinggi. Sekadar info, antara selebriti yang pernah berkolaborasi bersama TUAN adalah Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Andi Bernadee dan Hun Haqeem.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tuan by tengku kery
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @michaelbjordan (IG)
Fesyen

Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

by Nurul A.
July 12, 2026

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola...

Read moreDetails
Jelly Bunny x Hello Kitty
Fesyen

Jelly Bunny Kembali Dengan Koleksi Kolaborasi Bersama Hello Kitty Yang Ikonik!

by Nurul A.
August 16, 2026

Khas untuk musim ini, Jelly Bunny berganding bahu dengan Hello Kitty, watak kelahiran British yang disayangi dari Sanrio dan salah...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
Tanoti
Fesyen

Alat Tenun Kepada Gaya Hidup, Tanoti Bawa Tradisi Kraf Hidup Borneo Ke Kuala Lumpur

by Nurul A.
August 11, 2026

Lembaran paling bercita-cita tinggi dalam sejarah 14 tahun, Tanoti menyaksikan perusahaan sosial Sarawak membuka kedai pop-up ISETAN KLCC, meluncur di...

Read moreDetails
2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
Foto - OWNDAYS
Fesyen

OWNDAYS Malaysia Lancarkan Kempen OWN “your” DAYS Bersama Mira Filzah

by Nurul A.
August 2, 2026

OWNDAYS Malaysia menampilkan pelakon terkenal dan ikon gaya hidup, Mira Filzah, sebagai Duta Kempen rasminya, sekali gus membuka lembaran baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara