Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tewas 38 Saat, Jefri Nichol Kecewa & Keliru Keputusan Pengadil Hentikan Pertarungan

by Puteri Alia
August 11, 2025
Share on Facebook

Pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol, 26, berdepan kekecewaan besar apabila tumbang hanya dalam masa 38 saat kepada El Rumi, 26, dalam pertarungan tinju Superstar Knockout Vol yang dinanti-nantikan pada Sabtu lalu. Pertarungan yang menjadi tumpuan peminat kedua-dua selebriti itu berakhir terlalu cepat, meninggalkan rasa tidak puas hati dalam diri Jefri walaupun dia sudah membuat persiapan yang rapi.

“Saya rasa macam sudah hilang harapan untuk bertinju. Bukan trauma, tetapi rasa sangat kecewa,” katanya ketika ditemui media di Senayan, Jakarta Pusat, sejurus selepas perlawanan tamat. El Rumi, anak kepada anggota legenda Dewa 19, Ahmad Dhani, mencatat kemenangan TKO di pusingan pertama, sekali gus mengejutkan penonton yang hadir menyaksikan aksi tersebut.

Jefri yang turut dikenali menerusi filem Ali Topan tidak hanya kecewa kerana tewas, tetapi juga kerana tidak selesa dengan suasana perlawanan dan sistem pemarkahan tinju yang dianggapnya agak aneh dan mengelirukan. Baginya, sistem itu berbeza dengan sukan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA) yang menurutnya lebih adil, kerana kemenangan ditentukan oleh siapa yang benar-benar mendominasi perlawanan, bukannya sekadar berdasarkan kiraan mata.

Kekecewaannya bertambah apabila dia sendiri tidak memahami alasan pengadil menghentikan pertarungan secepat itu. “Saya sendiri pun keliru kenapa pertarungan dihentikan secara tiba-tiba. Mungkin saya yang tidak faham mengenai tinju, atau mungkin mereka (pengadil) lebih arif,” katanya. Tambah malang, bahunya turut mengalami kecederaan akibat terkehel dalam pertarungan singkat tersebut.

Walaupun begitu, Jefri tetap menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Menerusi media sosial, dia mengakui kadang-kadang perancangan yang dibuat tidak berjalan seperti yang diinginkan. “Bahu saya terkehel dan pengadil membuat keputusan untuk menghentikan perlawanan. Saya seronok dapat kembali ke gelanggang walaupun saya dan El Rumi tidak dapat menunjukkan pertarungan sebenar. Terima kasih kepada semua yang menonton dan menyokong. Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan aksi seperti yang anda mahukan,” tulisnya.

Gelagat Jefri Nichol Cium Kaki Ameera Khan, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Kekalahan ini mungkin menjadi titik tolak buat Jefri untuk menilai semula kariernya dalam arena tinju, namun jelas sekali semangatnya untuk beraksi di gelanggang masih belum pudar sepenuhnya walaupun perlawanan kali ini berakhir dengan penuh tanda tanya.

jefri nichol
https://lomp.at/ulozp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore