Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

The Sacred Riana Bakal Buat Persembahan di Kuala Lumpur, ‘Confirm’ Seram!

by Phic ARMAN
February 21, 2023
Share on Facebook

Buat mereka yang mengikuti siri Asia Got Talent 2017, nama The Sacred Riana pasti tidak asing lagi buat anda. Marie Antoinette Riana, atau lebih dikenali sebagai The Sacred Riana (TSR), dari Indonesia merupakan seorang ahli silap mata, dan menjadikan David Copperfield sebagai idola.

The Sacred Riana juga telah dinobatkan sebagai juara Asia Got Talent 2017 dan membawa pulang USD 100 ribu dalam rancangan tersebut.

Sebelum ini, TSR pernah berkunjung ke Malaysia bagi mempromosikan filem seram The Sacred Riana: Beginning pada bulan Disember tahun 2019.

The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur

Khabarnya TSR akan kembali lagi ke Malaysia dengan mengadakan sebuah persembahan silap mata berjudul The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur. 

Perkara ini didedahkan oleh penganjur iaitu Mediaberg melalui akaun rasmi mereka sebentar tadi. Pengumuman ini turut dikongsikan dalam akaun Instagram peribadi TSR iaitu @rianariani.

Tidak terlalu banyak info yang didedahkan, namun pihak penganjur menulis bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaru mengenai persembahan ini.

“MALAYSIA ! Adakah anda cukup berani! Dia akan datang! Nantikan dan ikuti @mediaberg untuk lebih banyak kemas kini.”- tulis pihak penganjur.

Dalam poster yang dimuatnaik, mereka menulis agar semua peminat bersedia dengan persembahan eksklusif ini.

“Bersedia untuk menyaksikan ilusi yang tidak pernah dilihat sebelum ini secara eksklusif di malaysia”

Apa yang kami boleh sahkan, The Sacret Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur ini bakal berlangsung bulan Julai ini. Semestinya ia akan menjadi sebuah persembahan yang ditunggu-tunggu dan tak dilupakan.

Ikuti instagram Mediaberg untuk perkembangan terkini serta panduan jualan tiket pada masa akan datang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Marie Antoinette RianaThe Sacred Riana
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara