Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

The Truth Mahu Ubah Persepsi Netizen Mengenai Nasyid & Pendakwah

by Khai Azfar
August 6, 2020
327
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak hujung tahun lalu lagi, nama pendakwah dan penyanyi nasyid dihimpit beberapa kontroversi panas terutamanya melibatkan isu rumahtangga mereka.

Ingin Tampil Beri Kelainan

Biarpun tahu akan risiko berkemungkinan terkena tempias tersebut, ianya tidak menghalang duo The Truth untuk melebarkan sayap mereka di dalam industri.

Bernaung di bawah label Tarbiah Sentap Records, The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa,22 dan Irwan Fariz,21 ini terlebih dahulu menempa kejayaan menerusi single terbaharu mereka, Cinta Sementara yang telah mencapai 50,000 jumlah tontonan di laman YouTube kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik.

“Kami sedia maklum mengenai isu-isu tersebut. Bagi The Truth inilah peluang untuk kami tampil kelainan selain mengharapkan perubahan dalam industri. Apa pun kami sedia untuk terima teguran dan akan terus mencuba kepelbagaian”

Enggan dikenali sebagai ‘typical’ penyanyi nasyid mahupun sebaliknya, namun bagi The Truth mereka lebih selesa jika peminat lebih mengenali mereka sebagai duo yang verstail namun dalam masa yang sama memfokuskan mesej-mesej yang positif dalam setiap bait lagu.

“Sebenarnya kami ingin mencipta arus baru dan dalam masa yang sama berkongsi dakwah dan nilai-nilai positif dalam lagu kami”

“Kalau diikutkan, kebanyakan ‘cover’ kami mendapat sambutan yang cukup menggalakan. Sebagai contoh lagu-lagu hits antarabangsa, kami nyanyikan semula di dalam Bahasa Malaysia dan ubah lirik yang bersesuai” kata The Truth kepada Murai.my

Titikberatkan Keperibadian Penyanyi

Menurut pemilik label tersebut yang juga penulis novel terkenal, Ahmad Adnin bin Roslan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Adnin Roslan dia sememangnya menitikberatkan soal kriteria penyanyi-penyanyi yang ingin bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records.

“Saya sebenarnya lebih gemar mempelawa dan memilih sendiri penyanyi untuk bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records. Yang paling penting adalah akhlak. Saya tak nak di kemudian hari kerana ada yang bermasalah, akan membawa imej yang tidak baik kepada label”

Kongsinya lagi,dia telah menghabiskan hampir RM100 ribu sebagai pelaburan untuk syarikat rakaman namun dalam masa yang sama bersyukur kerana sebanyak 100 ribu album mereka berjaya dijual meskipun umum sedia maklum akan teknologi dan peredaran kini yang lebih terarah kepada penghasilan unit digital.

Topik Berkaitan Nasyid Friday: Kebangkitan Dakwah Moden

Untuk rekod, Naufal dan Irwan memulakan karier seni mereka sejak menuntut di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar Perak. Di situ, mereka sering kali mendapat jemputan untuk membuat persembahan dan perkongsian motivasi di sekolah-sekolah dan institusi tempatan.

YouTube video

The Truth dan Ustaz Adnin Roslan ditemui Murai.my di sidang media temubual The Truth di ibu pejabat Tarbiah Sentap di Shah Alam pada petang Rabu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
the truthustaz adnin roslan
Share325Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara