Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Tiada Lagi Gedung Beli-Belah Robinsons di Malaysia Selepas Ini

by Phic ARMAN
October 30, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada lagi gedung beli-belah Robinsons selepas ini di Malaysia. Terkini, menerusi laporan dari Bernama, dua gedung beli-belah mereka di Malaysia akan memulakan proses pembubaran berikutan ketidakmampuannya untuk meneruskan operasi kerana permintaan yang lemah.

Difahamkan, gedung serbaneka ini turut mengalami kesan dari pendemik Covid-19 terhadap penjualan di gedung berbanding jualan dalam talian.

Robinsons, The Shoppes di Four Seasons Place
Robinsons, The Gardens Mall

Menurut Pengurus Besar Kanan Robinsons Danny Lim, dia mengakui permintaan untuk konsep gedung serbaneka telah menyusut dengan ketara dengan laporan menunjukkan kemerosotan dalam jualan runcit, mencatatkan kadar pertumbuhan negatif 8.5 peratus di Malaysia untuk suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama setahun lepas.

Selain di Malaysia, gedung Robinsons di Singapura juga berdepan nasib yang sama di mana proses pembubaran akan dilakukan. Untuk info, terdapat dua gedung beli-belah di Kuala Lumpur iaitu di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.

Dipetik dari BH Online, para pekerja di Robinsons sudah dimaklumkan hal ini dari pihak pengurusan dan pembubar mengenai, semalam. Mereka diberi jaminan bahawa pembubar akan berusaha memaksimumkan pulangan kepada pemiutang, termasuk kakitangan.

Pengurusan Robinsons turut memberi jaminan bahawa kakitangan disokong dengan bayaran, menepati undang-undang pembubaran.

Error happened.
OOTD Raya Port Baru? Jom Terjah Dekorasi ‘Raya Mansion’ Di The Gardens Mall
covid-19Covid19Robinsonsthe garden mall
https://lomp.at/gp74t
Share12Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara