Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Adakah Dia Dah Setaraf Diva No 1 Malaysia?”- Netizen Kesal Harga Tiket Konsert Aina Abdul Agak Mahal

Ada peminat yang mempertahankan Aina Abdul dan menjelaskan harga tiket konsert Aina menjadi mahal adalah kerana tanpa sebarang penaja.

by Naddy Joe
April 26, 2022
Share on Facebook

Penyanyi popular, Aina Abdul bakal mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang bakal berlangsung di istana Budaya pada 25 dan 16 Jun ini. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah peminat yang merasakan harga tiket penyanyi bersuara lunak ini terlalu mahal.

“Agak Kecewa Dengan Harga Tiket”

Menerusi laman Twitter, peminat mula merungut dengan harga tiket Konsert A Night With Aina Abdul terlalu mahal, malah ada yang membandingkan Aina dengan penyanyi no.1 Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza

“Lagu dia dah banyak ke macam lagu-lagu TokTi sampai letak harga tiket mahal? Adakah dia dah setaraf Diva No 1 Malaysia?.”

“Saya suka lagu Aina Abdul. Dia penyanyi yang bagus tapi saya harus mengaku, saya agak kecewa dengan harga tiket itu.”

“Saya tak tahu kenapa Aina Abdul setuju dengan price range begitu. Anda patut tahu kuasa pembeli penyokong anda.”

Ada Yang Dakwa Konsert Aina Tiada Penaja

Malah ada peminat yang mempertahankan Aina Abdul dengan memberitahu harga tiket konsert Aina menjadi mahal adalah kerana tanpa sebarang penaja.

“Orang bising-bising pasal tiket Aina Abdul mahal. Dia buat konsert dekat Istana Budaya tanpa sebarang sponsor. Sudah tentu harga tiket akan mahal. Kau tak mampu beli, kau bukan target dia lah. Aduh.”

“Aina Abdul adalah penyanyi hebat yang ada dalam Malaysia nih dah tak mampu beli tiket jangan sampai downgrade dia!

Dia punya payah independent dalam industri muzik Malaysia ni tanpa pertolongan siapa-siapa kau level kan dia macam penyanyi yang tak ada bakat! Senak teroks kau.”

Sebagai info, menerusi laman web jualan tiket, harga yang ditawarkan serendah RM113,36 (reminiscing Blue Zone) hingga RM1246.96 (Sumpah Gold Seat) . Sehingga artikel ini ditulis, tiket berharga RM113.36 telah pun habis dijual.

Topik Berkaitan [VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen 'Fitting' Busana Tuala 'Good Morning', Curi Perhatian Netizen!

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abdul
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara